11 Mei 2016

Review Filem May Who



























mengisahkan May Who seorang gadis yg mengeluarkan cas elektrik apabila berada dalam situasi teruja dan terkejut. ini menyusahkan dia utk mendekati Fame,lelaki kacak yg disukainya dan turut digilai oleh ramai gadis di kolej mereka.

kejadian tidak diingini telah berlaku,rahsia May Who telah diketahui oleh Pong. Pong mengugut untuk pecahkan rahsia May Who.

ikuti perjalanan kisah menarik antara mereka!

salah satu sebab menjadikan filem ini prettycool adalah kerana terdapat scene yang memaparkan animasi 2D(kartun) dan animasi yang dihasilkan cukup superb

8.5 bintang untuk May Who

9 Mei 2016

Review Filem Suckseed
















Sebelum ni aku ada review pasal filem ATM Er Rak Error. ok aku teruskan dengan filem Thailand ke2 aku nak review

Suckseed

Suckseed adalah filem komedi Thailand mengisahkan tentang Persahabatan, Impian, Muzik dan Cinta.

Koong mengajak Ped untuk menubuhkan band, tujuannya untuk memikat hati gadis-gadis di kolej mereka. Tetapi sayangnya, band mereka menjadi bahan ejekan pelajar2 kolej yang lain. Namun mereka tidak mudah menyerah kalah dan tetap berlatih untuk memajukan band mereka.

Kerana ingin membuktikan band mereka juga hebat, Koong memutuskan untuk menyertai ‘Hotwave Music Award’ yang merupakan pertandingan band remaja terhebat. Lagi-lagi mereka nak buktikan kepada band The Arena yang menjadi bualan hangat ketika itu.

Saksikan kisah suka duka perjalanan band mereka disamping terjadinya konflix persahabatan dan percintaan

untuk Suckseed aku bagi 8.5/10 bintang

download subtitle melayu di malaysub.com

4 Mei 2016

Review Filem ATM Er Rak Error

























Kebelakangan ni aku banyak menonton filem Thailand. Kita dah biasa dengan filem aksi Thailand yang memaparkan seni mempertahankan diri mereka yang popular iaitu Muay Thai.

Ok kita keluar dari skop filem aksi Thai. Mari kita layan genre komedi romantik pulak!

ATM Er Rak Error

Mengisahkan pasangan kekasih dalam pertarungan dapatkan semula duit dari mesin atm yang hilang. Mereka membuat pertaruhan sesiapa yang kalah perlu letak jawatan,ini kerana syarikat mereka bekerja tidak membenarkan staff bercinta sesama mereka.

Jalan cerita yang unik. Lakonan semua pelakon,real!
9/10

download subtitle melayu kat subscene.com/subtitles/atm-er-rak-error/malay/980370

Hmm bila la filem tempatan dapat hasilkan naskah hebat macam ni.  Sorry to say,pengarah filem negara kita,aku tengok memang takda idea, tak kreatif. Buat filem lepas tangan ja,Takda nilai ilmiah dan kejujuran dalam berkarya. Kepada pengarah filem tempatan, anda harus belajar dari ATM Er Rak Error

wait for next post aku akan review filem Thai seterusnya!