28 Ogo 2016

bait Doa yg indah

"ya Allah berilah keampunan kepada kami,yg tidak terlepas drpd melakukan kesilapan"

"ya Allah,hanya kpdMu tempat kami bergantung harap.janganlah Engkau biarkan kami sendirian,dalam mengatur kehidupan kami"

"jadikanlah kami orang2 yg sentiasa bersyukur dan bertaubat kepadaMu"

"semoga mendapat penamat hidup yg baik"

22 Ogo 2016

Loghrat Perlis 2

gagan - sebaya

tirih = bocoq

ghelai = hancur

tat sat = sebentar tadi

beghetoh = langgar

sua = hulur

ghesak = anjak

hinggot = goyang

lokoih = basah kuyup

mengoit = bergerak

mutu = motosikal

pelenggaq = tempat rehat bawah pokok

pepak = kunyah

tanjai = tendang

tauk = lempar

22 Jul 2016

Loghrat Perlis

Damuih = Kotor

Mentara = chief tukang masak masa kenduri

Gerengau = Cakar

Randuk = Harung

Mergheli = Dah biasa

Tertomoih = Tersungkur

Kerkah = Gigit

Senerih = berlanggar sisi

Belutin = kotoq

sentap ketengkoi = cramp

Ceroi = cair

Celapak = Bergegas

Bahawa = Teringin

Melilau = Merayau

Bekoit = Parang

Menyatuh = Arah Matahari Jatuh
Mentenait = Arah Matahari naik

Lagutu = Begitu
Laguni = Begini

Hoktu = Yang itu
Hokni = Yang ini

Serlong = pakai

Terperluih = perkataan ni untuk kaki yg termasuk dalam lubang

Tutuh = perkataan keras untuk Makan/Pukul

Rokok Sekerit = rokok selain dari rokok daun (mungkin orang tua-tua nak sebut cigarette tapi terbunyi sekerit)

Keloi = panggil

Leweh = senget

Semak perut = susah hati

Pancoq = Paip air

Pesah = Buat

Gedong = Hospital

Rapit = Berkawan baik

26 Jun 2016

Tak Boleh Kritik Ustaz?

Tentang imam muda perli vaksin ini aku tak hairan. Sebab imam muda ini dia tak belajar perubatan. Jadi kebarangkalian untuk dia memerli tanpa merujuk kepada fakta-fakta perubatan adalah besar.

Yang aku hairan ialah ramai yang acah-acah hairan terhadap imam muda ni. Padahal setahu aku ramai aje fanboys yang selama ni suka dengar imam, habib, ustaz, penceramah, pencetus memerli tanpa merujuk fakta. "Kenapa kau suka dengar ceramah ustaz tu?" "Sebab ustaz tu kelakar". Funny, aku ingatkan sebab ustaz tu berilmu.

Aku tak kata kalau kau orang tak belajar mengenai sesuatu benda, maka kau orang langsung tak boleh bercakap tentang benda itu. Boleh. Lihatlah kepada message yang disampaikan, bukan kepada messenger. Tapi bila kau orang lihat kepada message, jangan pula kau orang lupa pastikan bahawa message itu konsisten dengan fakta.

Masalahnya orang kita ni ada BUDAYA jangan "melawan cikgu". Cikgu tak maksum macam nabi. Ini bila datang seorang ustaz, kau orang jadikan dia subject matter expert untuk segala macam hal politik, ekonomi, biologi, kedukunan, sakit puan dan MLM. Ustaz tu dapat 'C' dalam STPM pun boleh buat degree Pengajian Islam kat UKM. Kalau pergi Al-Azhar, attendance pun tak ambil, kau orang pun tak tahu dia lulus ke tak. Balik Malaysia kau orang julang dia sebagai subject matter expert. Yang kau orang dapat 'A' sampai berbelas-belas, pergi Edinburgh pergi Dublin belajar medical, balik Malaysia kau panggil si ustaz pulak untuk bagi ceramah kat kau. Bila ustaz tu cakap salah fakta, kau takut-takut nak tegur sebab BUDAYA. Yang sebenarnya kau takut dijadikan bahan lawak ustaz kelakar. Maka berterusanlah kitaran jahil murakkab ni.

Aku ada jugak cek tentang ustaz kelakar ni. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda "Jangan banyakkan gelak, maka sesungguhnya gelak yang banyak mematikan hati." Hadis ini hadis sahih. Ada satu lagi hadis dalam Sunan Ibnu Majah yang matannya (teks) sebiji macam ni, tapi sanadnya (salasilah perawi) lain, hadis itupun bertaraf Hasan. Jadi sekarang ada dua hadis yang kata banyak gelak mematikan hati: satu hadis Sahih, satu hadis Hasan. Aku nak tanya ni, kau orang nak ikut Nabi atau nak ikut ustaz kelakar?

Boleh tak gelak sebenarnya ni? Aku cek lagi. Ada satu hadis riwayat Aisha r.a. "Apabila baginda melihat kepantasan mereka ke tempat berteduh, baginda ketawa sehingga menampakkan gigi-gigi belakang baginda". Abu Daud kata hadis ini gharib (asing), tapi sanadnya bagus. Jadi terpulang kepada kau orang. Yang aku cek Nabi tak banyak gelak, dan tak pulak gelak dalam masjid. Nabi dan sahabat menangis adalah.

Selain ustaz kelakar, sekarang dah ada ustaz menyanyi, ustaz Bollywood. Benda-benda ni zaman Rasulullah SAW takde. Jangan pula kau orang bagitau aku zaman Rasulullah banyak benda takde: kereta takde, filem Hindustan takde. Sebab sekarang ni aku tak cerita pasal kereta atau filem Hindustan, aku cerita pasal ustaz menyanyi. Zaman Rasulullah ada ustaz (cikgu) tak? Ada. Habis tu kenapa takde ustaz menyanyi?

Bukan setakat zaman Rasulullah, zaman sekarang kat Mekah Madinah pun takde ustaz menyanyi.

Oleh sebab itulah daripada pemerhatian aku yang hina ni, aku syak benda-benda ni lahir daripada BUDAYA orang kita yang suka berhibur. Untuk menjustifikasikan benda-benda ni, maka segala macam alasan akan muncul "Biasalah bang, dengar kuliah boring, kenalah ada benda untuk tarik minat"; "Kecohlah brader, kau dengar lagu The Chainsmokers boleh, ustaz ni menyanyi sikit atas tujuan berdakwah tak boleh!". Kau tengok: ini namanya menyesuaikan agama untuk nafsu, dan bukannya nafsu yang disesuaikan untuk agama. Aku perhatikan dah ada label untuk orang macam ini, iaitu 'penunggang agama'.

Selain daripada BUDAYA suka nak berhibur, orang kita juga suka dengar cerita. Pasal itu dulu-dulu ada penglipurlara datang ke kampung-kampung, rumah-rumah. Sekarang, masyaAllah, penglipurlara masuk ke rumah-rumah Allah pula, iaitu masjid-masjid dan surau-surau. Lagi advanced. Kenapa aku panggil penglipurlara? Sebab ceramah dia 95% bercerita, 5% ilmu. Modus operandi ialah dia akan duduk, buka kitab, baca doa sikit, baca tajuk bab, kemudian boom freestyle cerita politik, menyanyi, lawak selak kain sikit-sikit, gelak-gelak. Bila nak masuk waktu Isyak, dia akan patah balik ke kitab, baca satu hadis, satu ayat Quran, lepas tu tangguh majlis dengan tasbih kifarah. Bila kau balik rumah, kawan tanya "Apa yang kau belajar daripada ustaz tadi?". Kau jawab "Entah. Tapi dia kelakar la".

Satu benda lagi yang aku cek ialah berniaga dalam masjid. Pasal aku pernah pergi surau GLC terbesar di Malaysia. Aku tengok seorang ustaz bagi announcement "Saya ada bawa buku-buku, kalau tuan-tuan berminat boleh lihat di belakang". Aku pandang belakang, tengok ada seorang budak muda tengah jaga hamparan buku-buku untuk dijual. Budak tu memanglah duduk kat belakang, tapi masih dalam ruang solat. Setahu aku mana boleh berniaga dalam masjid. Jadi aku pun ceklah hadis: memang betul. Riwayat at-Tirmizi, sabda Rasulullah SAW “Jika kamu melihat seseorang menjual atau membeli di masjid, maka katakanlah: Allah tidak akan menguntungkan perniagaanmu”. Hadis ini hadis sahih. Yang aku pelik, GLC ni pekerja-pekerjanya ramai top-top student A plus belajar oversea. Bila balik Malaysia, kau jemput ustaz ni berceramah kat surau kau, bila ustaz ni buat salah kau tak pulak tegur. Maka berterusanlah lagi kitaran jahil murakkab ni.

Kau orang pernah tegur ustaz? Aku pernah. Ada seorang ustaz ni mengajar subjek TITAS kat universiti masa aku buat first degree aku. Tengah mengajar tu, boleh pulak dia kata dekat tornado ada muka setan. Terperanjat aku. "Ada bukti gambar" kata dia. Terus aku angkat tangan, aku cakap aku pernah nampak gambar tu keluar suratkhabat tempatan, dan gambar tu sebenarnya dikutip daripada tabloid penipu US, National Enquirer. Tiba-tiba ada sorang lagi classmate aku perempuan mengiyakan cakap aku. Terdiam ustaz tu. Tengok: kalau kau amalkan BUDAYA tak "melawan cikgu", dan tak "mengaji dari kitab" mesti kau tak tahu benda ni daripada National Enquirer kan? Ini aku cerita ni tentang ustaz yang mengajar dalam kelas universiti ni. Kalau ustaz kat kampung?

Jangan sampai mati berjemaah sebab tak ambil vaksin difteria sudah. Kau orang nilailah fakta dengan pemikiran yang objektif, dan ingat: zaman sekarang ni dah takda manusia yang maksum

kredit : facebook.com/RimauXI/posts/1006188799477802

11 Mei 2016

Review Filem May Who



























mengisahkan May Who seorang gadis yg mengeluarkan cas elektrik apabila berada dalam situasi teruja dan terkejut. ini menyusahkan dia utk mendekati Fame,lelaki kacak yg disukainya dan turut digilai oleh ramai gadis di kolej mereka.

kejadian tidak diingini telah berlaku,rahsia May Who telah diketahui oleh Pong. Pong mengugut untuk pecahkan rahsia May Who.

ikuti perjalanan kisah menarik antara mereka!

salah satu sebab menjadikan filem ini prettycool adalah kerana terdapat scene yang memaparkan animasi 2D(kartun) dan animasi yang dihasilkan cukup superb

8.5 bintang untuk May Who

9 Mei 2016

Review Filem Suckseed
















Sebelum ni aku ada review pasal filem ATM Er Rak Error. ok aku teruskan dengan filem Thailand ke2 aku nak review

Suckseed

Suckseed adalah filem komedi Thailand mengisahkan tentang Persahabatan, Impian, Muzik dan Cinta.

Koong mengajak Ped untuk menubuhkan band, tujuannya untuk memikat hati gadis-gadis di kolej mereka. Tetapi sayangnya, band mereka menjadi bahan ejekan pelajar2 kolej yang lain. Namun mereka tidak mudah menyerah kalah dan tetap berlatih untuk memajukan band mereka.

Kerana ingin membuktikan band mereka juga hebat, Koong memutuskan untuk menyertai ‘Hotwave Music Award’ yang merupakan pertandingan band remaja terhebat. Lagi-lagi mereka nak buktikan kepada band The Arena yang menjadi bualan hangat ketika itu.

Saksikan kisah suka duka perjalanan band mereka disamping terjadinya konflix persahabatan dan percintaan

untuk Suckseed aku bagi 8.5/10 bintang

download subtitle melayu di malaysub.com

4 Mei 2016

Review Filem ATM Er Rak Error

























Kebelakangan ni aku banyak menonton filem Thailand. Kita dah biasa dengan filem aksi Thailand yang memaparkan seni mempertahankan diri mereka yang popular iaitu Muay Thai.

Ok kita keluar dari skop filem aksi Thai. Mari kita layan genre komedi romantik pulak!

ATM Er Rak Error

Mengisahkan pasangan kekasih dalam pertarungan dapatkan semula duit dari mesin atm yang hilang. Mereka membuat pertaruhan sesiapa yang kalah perlu letak jawatan,ini kerana syarikat mereka bekerja tidak membenarkan staff bercinta sesama mereka.

Jalan cerita yang unik. Lakonan semua pelakon,real!
9/10

download subtitle melayu kat subscene.com/subtitles/atm-er-rak-error/malay/980370

Hmm bila la filem tempatan dapat hasilkan naskah hebat macam ni.  Sorry to say,pengarah filem negara kita,aku tengok memang takda idea, tak kreatif. Buat filem lepas tangan ja,Takda nilai ilmiah dan kejujuran dalam berkarya. Kepada pengarah filem tempatan, anda harus belajar dari ATM Er Rak Error

wait for next post aku akan review filem Thai seterusnya!

21 Feb 2016

Jenis Kualiti Movie

Jenis Kualiti Movie

1. CAMRip
CAMRip atau CAM adalah hasil daripada Cam-Quality, waktu zaman cetak rompak dulu, memang popular dengan kualiti movie macam ni sebab filem dari kualiti ni diambil menggunakan kamera video digital. Kadang-kadang, ada orang tengah berjalan dekat screen, ada dengar penonton ketawa. Kualiti macam ni sangat tak best, sebab bunyi memang diambil terus dari mikrofon kamera dan kedudukan kamera tidak tetap, sebab tu ada certain movie, kepala boleh jadi senget bila tengok movie

2. TS, HDTS
TS atau TELESYNC adalah adik beradik jugak dengan CAMRip tetapi TS difilemkan dengan keadaan yang berbeza, ia menggunakan audio luar iaitu merakam bunyi movie dan menggabungkan rakaman tersebut dengan audio luar menggunakan software video editor. Tetapi ia tetap tidak menghasilkan kualiti bunyi yang bagus dan kualiti gambar sedikit baik dari CAMRip

3. DVDScr
Ini adalah versi awal DVD atau VHS yang dikeluarkan dari versi teater, Biasanya dihantar ke peninjau filem, Ahli Akademi, dan eksekutif untuk tujuan ulasan. Biasanya mempunyai mesej overlay pada gambar seperti “The film you are watching is a promotional copy”. Screeners biasanya mempunyai kualiti sedikit rendah dari DVDRip.
*sumber ini biasa keluar pada awal tahun

4. DVDRip
Kualiti dari jenis DVDRip adalah hasil copy dari DVD asli. Kualiti gambar dan suara sangat baik, meng-download movie jenis DVDRip sama saja dengan membeli DVD asli dekat kedai

5. HDRip, HDTV, PPVRip, WEBRip
HDRip ialah sumber filem asal dari rakaman TV atau web-web yang menyediakan watch online. Biasanya mempunyai kualiti 720p - 1080p. Kadang-kadang mempunyai HC (Sarikata hardcode) dari bahasa lain seperti Korea, Cina, Arab, etc yang mengganggu apabila ditonton. Kadang-kadang audionya ada yang kurang jelas.
*versi ini biasanya release sebulan atau dua dari tarikh tayangan

6. WEB-DL
WEB-DL adalah sumber dari laman web yang terkemuka seperti iTunes, Amazon dan lain-lain. Kualitinya boleh dikatakan setara dengan BRRip. Kualitinya boleh mencecah hingga 1080p.

7. BRRip
Singkatan daripada Blu-ray dan sumber daripada Bluray disc. Kualiti jauh lebih baik dari DVDRip, tetapi BRRip memerlukan saiz hardware yang lebih tinggi untuk 1080p dan dikatakan kualiti terbaik buat masa ini.
*bluray akan release pada 3 atau 4 bulan dari tarikh tayangan.

Apa itu UNRATED, EXTENDED?
Biasanya ada pada movie yang berasaskan unsur 18+. Pendek kata, sumber ini tidak dipotong babak yang xxx itu.Ada juga terdapat pada filem-filem bertaraf tinggi.

Apa itu PROPER?
Sumber ini keluar biasanya bila sesuatu sumber seperti HDRip yang bermasalah seperti lari suara dari video. Maka, sesuatu kumpulan encoder akan baiki sumber tersebut.

Semoga bermanfaat buat anda semua

kredit : malaysub.com