27 Apr 2014

Selawat keatas Nabi

Allahuma shalli 'ala Muhammad, wa'ala ali Muhammad

Tidak boleh cerita bohong utk orang lain ketawa

Tidak boleh cerita bohong sebagai alat untuk membuatkan orang ketawa

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : 
“Celakalah orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa.celakalah dia, celakalah dia“ (Hr Ahmad dan ad-Darimi)

20 Apr 2014

Menasihati Seseorang bukan bererti kita lebih baik daripadanya

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan Al Basri