Bertunang dan pembaziran


Zaman sekarang ni bertunang pun dah macam menikah/kenduri. siap pasang khemah, pelamin, pakai baju sultan bagai. Bila dah ada pelamin sah2 upah photographer. buang duit satu hal, lupa diri satu hal. hang bertunang ja pun bukan sah lagi nak pegang2 cuit2. Lagipun dalam Islam pertunangan tak perlu nak dihebohkan

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. entah macam mana alih2 tak jadi nikah,putus tunang. Dahtu majlis bertunang yang grand sebelum ni apa creta? rugi dapat malu boleh. aku bukan nak prejudis ka apa tapi biaq la kena gaya. aku creta ni bukan nak mengaibkan sapa-sapa cuma harap perkara ni jadi pengajaran buat kita semua

Adalah penting untuk orang melayu hindari pembaziran dalam majlis perkahwinan. persandingan, tabarruj (mempercantik pengantin wanita), pembaziran, adat istiadat hindu dan animisme dalam perkahwinan. boikotlah bidaah dan tambahan yang menyusahkan perkahwinan. Boikotlah menurut acuan sunnah dan bidang kuasa anda. utamakan Ibadat bukan adat

Terlena dengan Janji


Kita tidak akan berjaya
sentiasa mengharap saja
pihak lain jadi lilinnya
membakar diri demi bangsa.
Kita wajar suluh sendiri
gegua sekeliling diri
tak terlena didendang janji

I pirati della Malesia

Penulis Itali, Emilio Salgari pernah menulis novel kembara berjudul I pirati della Malesia(The Pirates of Malaysia) yang diterbitkan pada 1896. Nak tahu kisahnya, tanya Google

sambil-sambil
1. kebelakangan ni cuaca kat Perlis sungguh panas
2. apa yang aku nak tak dapat.membuatkan aku makin kuat
3. apa barang kawin pakai baju sultan selit keris.pakai baju melayu lagi nice
4. aku taksuka kpd mereka yang simpan kuku panjang
5. aku kecewa dengan industri filem negara.bila nak hasilkan filem yang matang?
6. jangan takut dengan bayang-bayang sendiri

Buang NarrowMinded


Bidaah(Amalan Baru Dalam Agama) dan Erti Taat

Sebahagian orang yang tidak memahami makna bidaah dalam ibadah kerana mereka tidak mendalami erti Tauhid dan nilai perhambaan sebenarnya kepada Allah ta'ala serta mereka tidak faham akan nilai sebenar ketaatan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Seolah mereka menganggap perintah Allah dan Rasul itu sama seperti perintah manusia biasa yang boleh direka, ditokok tambah dan 'diInovasikan' amalan suruhan itu atas alasan ianya adalah perkara 'baik'. Manusia yang memahami erti ketaatan kepada Allah dan Rasul, mereka sekali-kali tidak akan berbuat seperti itu

Seisi Soal Jawab

(SOALAN)
Jika seseorang itu bersolat, lalu dia baca al fatihah dalam hati adakah dibolehkan? kalau bacaan fatihah hanya mulut yg bergerak tapi tak keluar suara dibolehkan??

(JAWAPAN)
Mazhab maliki: x disyaratkan bacaan fatihah didengari di telinga, memadai pergerakan lidah saja

Mazhab Hanafi, shafi'I dan hanbali: bacaan hendaklah didengar oleh diri sendiri, x memadai pergerakan lidah sahaja tanpa mendengarnya. Ini kerana pergerakan lidah sahaja tanpa suara tak dikira bacaan

Kekuatan Skrip


ini Ali. dia mahu bikin filem. bagi Ali, ini hari yang sama macam minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas, 2 tahun lepas, 5 tahun lepas..yang beza cuma tarikh. 1743 kenalan di facebook. Tak sampai 100 yang Ali pernah jumpa. Angka paling tepat mungkin 87 orang. yang lain strangers. Ali rasa kosong. Dia perlukan hibernasi dan inspirasi

Detik Kewafatan Rasulullah S.A.W


Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w meninggal di rumahku, pada hatiku dan berada antara dada dan kerongkonganku. Salah seorang dari kami membacakan doa untuknya dengan doa yang biasa dibacakan untuk orang sakit. Aku pun ikut mendoakannya. Kemudian baginda mengangkat pandangannya ke langit dan mengucapkan: “Arrafiiqul A’laa, Arrafiiqul A’laa (Ya Allah, sekarang aku memilih kekasihku yang tertinggi, ya Allah, sekarang aku memilih kekasihku yang tertinggi).” Lalu Abdurrahman bin Abu Bakar masuk dengan membawa kayu siwak yang masih basah. Nabi s.a.w pun menatapnya, saya mengira baginda memang memerlukan siwak tersebut. Aisyah berkata: Maka aku mengambilnya, mengunyahnya, mengibas-ngibaskannya, dan membaguskannya, kemudian aku berikan kepada baginda. Lantas baginda membersihkan giginya dan belum pernah aku melihat orang yang membersihkan giginya sebagus yang baginda lakukan. Setelah itu baginda memberikannya kepadaku namun jatuh (lepas) dari tangannya. Segala puji bagi Allah yang telah mengumpulkan antara air liurku dengan air liur baginda pada hari-hari terakhir baginda di dunia dan pada hari-hari pertama di akhirat kelak. (H.R. Bukhari)

Lafaz ummati, ummati itu TIDAK SAHIH, kerana jelas dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Maghazi , Aisyah r.a. menjelaskan kalam terakhir Nabi  adalah "Allahumma Rafiqul A'laa"

Pencerahan dari mereka yang benar-benar buat kajian mendalam tentang hadis-hadis Nabi memang amat diperlukan masa kini.
Zaman kita dengar dan telan bulat-bulat semua yang disampaikan telah berlalu. kita masuklah dalam zaman ilmu. yang kita dok pegang dulu, jika terbukti tak sahih, buanglah.. Semoga kita tak termasuk dalam mereka yang mendustakan Nabi. na'uzubillah.

Jika ustaz/ustazah tak tahu, bagitahulah mereka dengan hikmah. Bukan semua pengkhususannya hadis.
Kita tak lepas dari kesilapan dan jika ada orang membetulkan kita dengan dalil2 sahih, bersikap terbukalah dan bersyukurlah kita dapat ilmu baru dan tak terus silap

Dabel Stended


Apabila penceramah/khatib/ustaz berbicara tentang mentaati pemimpin itu dianggap biasa. Tetapi apabila khatib berkhutbah tentang jangan memilih pemimpin yang tidak pandai mengurus harta rakyat dianggap berpolitik dalam masjid

Paradoks itu perlu

1. Kamus Dewan Edisi Keempat, DBP (2005:1139) – Paradoks ialah sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum

2. Memahami Istilah Sastera, Karya Bistari (Rahman Shaari,1985:70) – Paradoks ialah lebih mirip ironi. Sesuatu yang asing, iaitu yang kurang meyakinkan walaupun betul pengertiannya
3. Kamus Puisi, DBP (2005:71) Paradoks ialah gaya bahasa yang hampir sama dengan ironi. bahasa yang digunakan bertentangan atau begitu asing dengan kenyataan sebenar meskipun maknanya betul. Contoh: “benci tetapi rindu”
*Ironi bermaksud satu gaya bahasa yang mana penggunaan bahasa yang maknanya bertentangan dengan kenyataan atau ketidaksesuaian antara harapan dengan kenyataan. Contohnya: “air mata kegembiraan”
4. Maksud perkataan paradox adalah paradoks, kenyataan bercanggah tetapi mengandungi kebenaran

Filem Pendek Pasport Ekspres by Rewan Ishak


inilah short film terbaik yang pernah aku tonton. karya Rewan Ishak yang berasal dari Utan Aji Perlis. Tahniah Rewan Ishak kerana hang telah buat orang Perlis bangga. short film Pasport Ekspres mengajar kita tentang persahabatan, cita-cita, budi bahasa, keindahan alam ciptaan tuhan dan sesuatu yang berharga yang telah dilupakan. Klik disini untuk tonton Short Film Pasport Ekspress

ini Ali. dia mahu bikin filem. bagi Ali, hari ini sama macam minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas, 2 tahun lepas, 5 tahun lepas..Yang beza cuma tarikh. 1743 kenalan di facebook. Tak sampai 100 yang Ali pernah jumpa. Angka paling tepat mungkin 87 orang. yang lain strangers. Ali rasa kosong. Dia perlukan hibernasi dan inspirasi

Perempuan Puaka

Klik pada gambar untuk besar
cincin RM24 juta
beg tangan RM30,000
rawatan rambut RM8000
penginapan di hotel mewah
Korupsi oh korupsi


Tidak Tanggung dosa Orang lain

Konsep "Suami menanggung dosa isteri dan ayah menanggung dosa anak perempuan" tidak pernah dikenali di dalam Islam. Lelaki itu hanya berdosa jika tidak melakukan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar kepada manusia dibawah jagaannya dan juga BUKAN di bawah jagaannya. Si lelaki sama sekali tidak menanggung dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak. Apabila saya buat survey kepada ramai wanita Melayu, majoriti mereka masih memahami konsep yang salah itu lalu dengan senang hati perasan dirinya ditanggung dosa. Tidak demikian ! Jika begitu apakah yang akan malaikat tulis di buku amalan kalian?


Konsep itu jelas menyanggahi petunjuk Quran dan Hadis di mana seseorang itu tidak akan memikul dosa orang lain. Jika seseorang masih menganggap benar konsep seperti ini, wajib dia membersihkannya segera dari pemikiran kerana ia berkaitan dengan tanggapan jelik kepada keadilan Allah. Tidaklah Nabi Luth itu menanggung dosa isterinya yang tertinggal bersama kaumnya ketika bencana. Tidak juga Nabi Nuh menanggung dosa anaknya yang enggan menaiki bahtera. Tidak boleh seseorang itu bersangka buruk kepada si bapa apabila dilihat si bapa itu rajin ke masjid namun anak dan isterinya seperti puaka. Persangkaan yang boleh dilakukan hanyalah "Si ayah sudah pun menasihati namun diingkari" Lalu jagalah kain sendiri

Pemilihan warna tuala


Bagi saya pemilihan warna tuala amat penting. Hijau adalah warna paling ideal. ia membangkitkan mood kita selepas bangun tidur. Hijau adalah warna yang fresh, tenang dan happy :) Takkan nak tuala warna merah kot. bangun pagi mesti potong terus mood

Bakat Bola melalui Youtube

Lu tau tak kat luar sana ramai lagi budak2 bola yang power. 
Tapi mereka tak bermain secara pro,mewakili negeri atau negara

Kawan gua ada 2,3 orang. Lu orang tau kenapa mereka tak dapat bermain secara pro? Bukannya kerana tak pernah mencuba nasib tapi kerana karenah birokrasi atau kabel. Kesian kat bebudak ni ada bakat tapi tak dipandang. Nampak siapa yang hancurkan bolasepak negara? Lu orang jangan hairan kenapa bolasepak negara tak pernah maju. itu belum isu rasuah lagi.

Kita berjaya lahirkan artis dari Youtube. Kenapa kita tak gunakan cara yang sama untuk mencari pemain bolasepak?
Kepada bebudak yang power bola tapi tak dipandang kerana isu 'pilih kasih' ni gua cadang lu tunjukkan bakat lu dalam Youtube. semoga suatu hari nanti ada orang buka mata

73 Golongan

Orang-orang Yahudi berpecah menjadi 71golongan, 1 masuk syurga dan 70dalam neraka. Orang-orang Nasrani juga berpecah menjadi 72golongan, 71 dalam neraka dan 1 masuk ke syurga. Dan demi jiwa Muhammad yang ada dalam kekuasaanNya sesungguhnya ummatku akan berpecah menjadi 73 golongan, 1 masuk syurga dan 72 masuk dalam neraka.
Rasulullah ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga itu)?
Rasulullah menjawab : “Al Jama’ah”. (HR Ibnu Majah, no. 3994)
Sunnah kalau digenggam saja tak cukup. Nabi saw pun tahu kalau genggam saja pasti terlepas. Genggam dan gigit dengan gigi. Kalau gigi depan mesti patah, sebab itu Nabi pesan genggam dan gigit dengan gigi geraham

Kerana kepentingan peribadi Kami jadi mangsa


Kau ingat isu padang ni isu remeh? hotak kau! suka hati nak ambik padang tempat kami bermain. hak bermain hak kami. Jangan fikir nak untung pihak kau ja. pastu nak tuduh anak muda banyak merempit, lepak sana-sini, terlibat dengan gejala sosial. Dahtu pihak kau ambik padang kami apa creta?? Jangan salahkan sesiapa kalau bolasepak malaysia takmaju
Kau tahu tak, padang tu lah tempat kami bersama kawan-kawan kami. bermain, menunjukkan bakat kami, berhibur, eratkan silatulrahim dan bergembira bersama. Daripada padang yang kau nak rampas tu lah akan lahirnya harapan negara. Pernah kau terfikir?

Khena Tipu

kapel itu haram

Dalam Kelas

Sekolah rendah : cikgu tanya soalan, semua angkat tangan nak jawab *saya saya*

Sekolah menengah : cikgu tanya soalan semua diam. dengar bunyi kipas ja

Ada Kemahuan tapi tiada Usaha


“dunia ni tak adil!”
Kepala hotak hang! dah hang tu malas usaha. pukul 10 baru nak bangun tidoq. hang takdak motivasi ka apa? ingat dak cikgu pesan masa sekolah dulu. dimana ada kemahuan disitu ada jalan. jangan salahkan orang lain. hang kena jujur dengan diri hang sendiri. Lebih baik nampak bodo tapi hidup ada wawasan, daripada nampak pandai tapi hidup macam setan

Tak sedar diri

Kita rasa kita betul, orang lain salah. Hakikatnya

Inspirasi Hidupku


Idola Saya

1. Nabi Muhammad S.A.W
2. Ibu saya
3. sultan Muhd al-Fateh
4. Dr Maza

Autasan Malaysia


"wei Ali semalam chelsea lawan liverpool sapa menang? aku takdan tengok"

"aku ot semalam, aku pun takdan tengok. sat nak check. uih paper kata bn menang"

"paper apa hang baca"

"utusan malaysia"

Peribahasa Moden


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula masjid berdekatan

Indah gambar dari rupa

Kecil tapak tangan, kalau tak cukup tapak kaki aku tadahkan

Diberi betis hendak paha, kalau tak cukup hendak penerajang wajabnya

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana makanan

Kerana nila setitik Baju sekolah jadi biru

Nak gugur, gugurlah nangka
jangan ditimpa si botol kicap
Nak tidur, tidurlah mata
jangan dikenang pocong tepi tingkap

buai laju-laju
Sampai cucur atap
apa dalam baju
Tangan boyfrend tengah merayap

Dendang Permata

Tajuk Lagu : Dendang Permata
Lirik : Rais Yatim
Artis : Datin Hajjah Rosmah mansor

Di hari raya
terkenang daku kepada altantuya
kampungnya indah nun jauh di mongolia
scorpene serta c4

Di tepian puncak
alam hijau yang damai selalu
di sanalah tempat dia semadi
hancur letuplah semuanya

Apakan daya
cincinku hanya berjuta
disalut cuma intan permata
kuasa serta harta

Kata-kata Dr Asri

klik pada gambar untuk besar


Surat Cinta Pelajar Sains Tulen

Kau umpama bintang yg menerangi alam semester. bima sakti sanggup ku jelajahi utk mendapatkanmu. akan ku bawa kau terokai geleksi elips. marikh dan pluto menjadi saksi cinta kita.biar mereka dengan teori big bang mereka,yang nyata kau dan aku tiada titik tengah. ku harap kau tidak mencampakkan diriku ke lohong hitam. aku tidak sanggup menunggu ibarat seribu tahun cahaya

3 jenis Ketam


Atok : Cu nak dengaq dak creta pasal ketam. creta ni boleh jadi tauladan untuk cu

Cucu : Eh mestilah nak tok. cu memang dilahirkan untuk dengaq creta tok

Atok : Pada zaman dulu ada sorang nelayan ni.suatu petang dia bawak balik 3 jenih ketam. ada ketam melayu, ketam cina dan ketam india. dia pun letak la semua ketam ni dalam satu baldi. Taklama paihtu dia pun perati la ketam2 tu. tiba2 dia nampak sekoq ketam cina cuba nak keluaq. Tuudia hat ketam cina yang len ni pakat2 dok tolak hat sekoq bagi keluaq pada baldi. paihtu ada sekoq ketam melayu try nak keluaq. yang ketam melayu len tuuudia semua pakat dok tarik dia masuk balik!

Cucu : amboi panjang betoi creta tok. sat..yg ketam2 india takbuat apa ka?

Atok : ohmybadcu. tok lupa nak habaq masa nelayan tu perati depa. time tu dah malam dan rumah nelayan tu takdak lampu

Cucu : *facepalm* Tahniah tok

Rahsia zuhud


Imam Hasan Basri ditanya tentang rahsia zuhudnya

Dia menjawab:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain,
kerana itulah hatiku selalu tenang

"Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat
ditunaikan orang lain,
kerana itulah aku sibuk mengerjakannya

"Aku tahu ALLAH mengawasiku,
kerana itulah aku selalu merasa malu bila
Dia melihatku dalam keadaan maksiat

"Aku tahu kematian itu sudah menungguku,
kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk
pertemuanku dengan ALLAH

Budaya Masyarakat Arab

Memahami budaya masyarakat Arab akan memudahkan pembelajaran bahasa Arab. Di sini, diberikan beberapa contoh bagi menggambarkan pengaruh budaya amat penting dalam pembelajaran bahasa Arab iaitu:

1. Penggunaan isyarat dalam menyampaikan sesuatu maksud adalah berbeza mengikut budaya masyarakat. Dalam masyarakat Melayu 'menggeleng kepala ' dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri itu menunjukkan kepada maksud 'tidak mahu'. Akan tetapi dalam masyarakat Arab, sekiranya dibuat demikian, mereka tidak akan memahaminya, kerana kebiasaan dalam masyarakat mereka, bagi menunjukkan maksud 'tidak mahu' , mereka menggunakan isyarat bunyi pada lidah dan diikuti mendongak kepala sedikit ke atas. Justeru, tanpa memahami budaya mereka, kita tidak akan mengetahui maksud yang hendak disampaikan oleh mereka.

2. Ucapan terima kasih yang dituturkan sebagai suatu ucapan penghargaan terhadap sesuatu pertolongan yang diterima. Biasanya sekiranya seseorang pelajar itu tidak memahami budaya masyarakat Arab dengan baik, mereka hanyalah akan mengucapkan perkataan 'syukran' bagi menandakan ucapan terima kasih. Namun, dalam masyarakat Arab itu sendiri, mereka sering menggunakan perkataan lain bagi menunjukkan tanda terima kasih iaitu 'barakallahu fik'.

Perkataan ini bukan sahaja menunjukkan ucapan terima kasih, bahkan penuturnya itu dalam masa yang sama mendoakan agar Allah memberkati rakannya. Selain daripada itu, perkataan yang biasanya digunakan dalam mengungkapkan ucapan terima kasih ialah 'jazakallahu khairan kathira' yang bermaksud 'moga Allah mengurniakan kebaikan yang banyak kepadamu'.

3. Kebiasaannya dalam masyarakat Arab, apabila mereka meletakkan tangan kanan di atas kepala sambil berkata 'ala raksi', ini menunjukkan bahawa mereka bersedia memberikan apa jua pertolongan yang diminta. Namun sekiranya seseorang itu tidak memahami budaya mereka, maka sudah tentu mereka akan tercengang kehairanan kerana perkataan 'ala raksi' itu bermaksud 'atas kepala saya'.

4. Sesetengah budaya dalam masyarakat Arab (seperti masyarakat Arab Jordan) ketika hendak turun daripada teksi atau untuk meminta untuk diturunkan, perkataan hormat yang digunakan ialah 'allah yu'tika 'al'afiah' yang bermaksud 'moga Allah memberikan afiat padamu'. Apabila disebut sahaja perkataan ini, pemandu teksi sudah mengetahui tujuan penumpangnya iaitu meminta diturunkan di tempat itu. Justeru, tanpa mengetahui budaya mereka, agak sukar untuk difahami maksud daripada ucapan yang dipertuturkan oleh mereka.

5. Mengungkapkan pertanyaan 'apa khabar' atau dalam bahasa Arabnya 'kaifa ha luk' berkali-kali dalam satu pertemuan adalah perkara biasa dan ia merupakan tanda mengambil berat. Sekiranya seseorang itu tidak memahami budaya Arab, nescaya mereka akan memberikan tanggapan negatif kerana pertanyaan 'apa khabar' biasanya diungkapkan pada permulaan pertemuan sahaja, bukannya diungkapkan berkali-kali dalam satu pertemuan.

6. Memberikan minuman kopi setelah dihidang makanan yang lain adalah menunjukkan waktu untuk pulang. Budaya dalam masyarakat Arab ialah mereka akan memberikan minuman kopi yang sedikit dan pahit sebagai menu terakhir kepada tetamu yang berkunjung ke rumah mereka. Walaupun tuan rumah tidak mengungkapkan sebarang kata atau permintaan supaya tetamu pulang, akan tetapi dapatlah difahami melalui budaya mereka bahawa apabila kopi dihidangkan, ini bermakna sesuailah bagi tetamu untuk pulang ke rumah mereka kerana tiada lagi hidangan lain yang akan diberikan kepada mereka



kredit kepada ustaz shauqi

Ucapan dari Anonymous


Seorang hacker, bukan seorang penjenayah tetapi anda semua yang membuatkan kami menjadi penjenayah. Kami hadir dalam hidup anda untuk memperingatkan anda bahawa sistem IT anda terlalu lemah, tapi apa yang kami dpt? Tanpa ucapan terima kasih dari anda, malah anda ban muka kami sebagai penjenayah


Anda tidak tahu siapa diri kami, dimata kami anda hanyalah seorang manusia yang bodoh, yang tidak ambil peduli tentang keselamatan cyber. Jaringan IT dimata kami ibarat sebuah papan catur, dan anda hanyalah buah catur yang sangat kecil. Anda hormat kami, kami hormati anda. Anda kenal diri anda, kami kenal diri anda, dan anda tidak akan pernah tahu siapa diri kami

kisah di Bazar Ramadan


Kemarin matpijan telefon aku. setengah jam sblm buka posa
aku agak ni mesti ada benda best dia nak creta ni

"Wei hang tau dak tadi kat bazaramadan ada budak tebeghetoh periuk sup. kuat pulak tu pi beghetoh. nasib baik dia takmasuk dlm periuk sup tu"

"haha6 paihtu apa jadi kat budak tu?"

"Apa lagi semua org tengok dia la.tapi dia lek ja.mak dia lak yg malu.btw dalam situasi tadi mmg takboleh salahkan budak tu.salah mak dia la.sapa suruh mak dia ghairah dan taksub sgt tgk makanan sampai lupa anak"

"tu la aku malaih p bazir ramadan.org melayu kita paranoid la dgn makanan"

"Aku pun rasa macam tu.tobat takmau pi dah bazar ramadan paihni.lagipun gambaran budak tu beghetoh periuk sup buat aku trauma sampai lani"

"haha..takpa la wei. mlm ni tarawih jumpa kat masjid.sembang lama dengan hang rasa macam kurang pahala posa"

"Haha..ok2..assalam'kum"

kesimpulannya jgn terlalu taksub dengan makanan dan awasi anak anda dimana jua berada

Jangan risau dunia takkan terbalik jika sultan murka



meLAYU salah baca sejarahnya. Jebat sebenarnya tidak derhaka tapi Sultan Melaka yg celaka. Menzalimi rakyat tapi mendakwa berdaulat
- Dr MAZA

Mawar Agama


Khas buatmu Mawar Agama


Sekali wanita ternoda, gugurlah wardah di syurga
Sekali wanita ternoda, berdekah-dekah syaitan ajak ke neraka
Yang kotor itu dosa, bukan diri kita
Cepat, sucikan dengan taubat
Jangan sampai terlambat
Dirimu tetap mawar syurga

by Ustazah Fatimah Syarha

Ketika aku kecil

Rindu zaman budak2, main bola.. kumpul duit dgn kawan2 beli bola. guna kasut ja buat tiang gol. klo rajin skit cari kayu pacak.mai bola tinggi pakat bekelai sorang kata gol,sorang kata tak gol. sehari takmain bola rasa macam taksempurna hidup


Tapi budak2 zaman lani mana rasa semua ni. budak2 zaman lani senang banyak. kita dulu mak marah sebab keluaq rumah,merayap sana sini. budak zaman lani mak marah sebab taktau keluaq rumah,dok ngadap kompiter ja

Presiden Mesir - Dr Muhamed Mursi

"SAYA TIDAK MAHU RAKYAT BENCI SAYA HANYA KERANA KENDERAAN SAYA"- MURSI

Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi ketika memasuki Istana Presiden Isnin semalam bagi meninjau keadaan istana yang dikosongkan lebih setahun lalu meminta pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam

Memetik sumber "Al-Masryl Youm" bahawa sewaktu melawat Istana Ittihadiyah semalam, Mursi meminta pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiringnya. Beliau dipetik berkata, "Saya tidak mahu rakyat bencikan saya dengan sebab kenderaan Presiden"

Sumber dipetik sebagai berkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk Khamis

Sementara itu, Dr. 'Isom 'Iryan, Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam satu temuramah berkata, Dr.Mursi juga akan menyumbangkan gajinya untuk kebajikan rakyat Mesir

Awek Euro

seni yang menyakitkan hati

klik kat gambaq untuk besaq


Kami mohon pemerintah yang adil


Teori aku sebab-sebab najib,umno dan be end akan tumbang pru13
1. rosmah mansor
2. salah guna kuasa
3. rasuah
4. korupsi
5. kroni
6. ketirisan wang negara
7. sikap peminpin itu sendiri

Bak kata Siti Aishah :
Kafankan bn, Kuburkan bn. Talkin pun jangan baca.
najib bukan bapak transformasi negara tapi bapak bangkrapsi negara

Sekolah Kebangsaan Sena 2 Cekap 1996

Sekolah Kebangsaan Sena 2 Cekap 1996



Jangan boros bantu yang dibawah


Kalau aku ada 500 ribu, akan ku bina masjid. Selagi lampu masjid tu bercahaya selagi tu dapat pahala. Selagi kipas masjid berpusing selagi tu dapat pahala. Aku takkan habiskan 500 ribu untuk perkara remeh dan bodoh seperti membeli sebaris no plat.
Tahukah anda di Arab, seorang Ahli Perniagaan derma seluruh hartanya kepada rakyat Syria untuk lawan kekejaman pemerintah. Disini pemimpin gila beli no plat
Wahai pemimpin, peganglah kata-kata Umar al Khattab
“Jika rakyatku kenyang biar aku yang terakhir rasainya, 
Jika rakyatku lapar biar aku yang pertama rasainya” 

Kisah seorang paderi dengan Kassim


Kisah seorang paderi dengan Kassim


Paderi : makanlah babi ni. sangat sedap. rugi anda tidak merasanya


Kassim : saya orang Islam. babi itu haram bagi orang Islam


Paderi : anda amat rugi kerana tidak dapat merasa daging paling sedap didunia


Kassim : adakah anda sudah berkahwin??


Paderi : paderi tidak boleh berkahwin


Kassim : sebenarnya andalah paling rugi. babi bukanlah daging paling sedap didunia. ada daging lain yang paling sedap didunia 

Ayam Golek

Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha.
Ayam golek juga tidak datang bergolek kalau tiada duit

Cerita Sekolah Rendah

Assalammualaikum pakcik. saya mat kawan sekelas ina. blh saya cakap dgn ina? nak tanya pasal kerja sekolah

hang ni nak tanya pasal kerja skolah ka, syok kat anak aku? blajar dulu rajin2 masuk universiti, kerja elok2

Memang Cantik


Irma  : wah, cantik rambut. saloon ke?
Yana : a'ah, cantik kan? 
Irma  : cantik sangat. berapa kau buat?
Yana : hehe RM 120 ja
Irma  : baik kau beli tudung, lagi murah lagi cantik

Khas untuk awek-awek sekalian



Sudahlah rambut mengerbang
Baju pula jarang
Kenapa tak terus telanjang?
Tuduh pula lelaki mata keranjang
Salah kau atau orang yang terpandang?
Tahu marah bila orang kata bangang
Kepala otak hang!

Apa itu offside


Lepas game liverpool lawan m.u
ada sorang awek ni dok sembang terer
dia kata gol tak sah la, pengadil berat sebelah la. semua ada kat dia
padahal aku tau. dia nak bekap team dia yg baru kalah tadi
ok takpa

aku tanya la dia
“offside tu camna??”

dengan konfiden dia jawab
“offside tu bila penjaga garisan angkat bendera”
“hang ingat aku taktau ka”

menyirap darah aku
seraya time tu aku rasa macam nak amik pisau tikam perut dia bertubi2
arghhhhhh ~

Awak Berani?


Lelaki: Assalamualaikum, boleh berkenalan? 

Gadis: Waalaikumussalam..boleh je..ni nombor telefon mak saya.
call la dia dulu..kalau dia kata ok, awak call ayah saya pulak.
kalau dia kata ok, awak call tok kadi..kalau dia kata ok jugak.
kita terus nikah je

Kenapa Nak Kawin dengan anak pakcik


Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya: 
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik?

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa ja
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik

Tak takut ke


Budak kecik : Kenapa kakak pakai topi keledar tu?

Kakak : Undang-undang suruh pakai Dik, kalau tak pakai takut kena saman. Lagipun untuk keselamatan. Kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat

Budak kecik : Akak, kenapa tak takut pun bila tak pakai tudung kepala? Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung dan tutup aurat. Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat

Jika Benar Sayangkan Wanita itu



Wahai manusia yang bernama Lelaki
Jika benar kau kasih dan cintakan Wanita itu :


: Bawalah dia ke jalan Allah
: Nasihatilah dia dengan penuh hikmah
: Perbetulkan kesilapannya dengan berhemah
: Jagalah dia dengan sepenuh hati
: Kasihanilah dia seadanya
: Lindungilah dia sebaik mungkin
: Berilah kasih sayang padanya setulus sanubari
: Hargailah dia selayaknya
: Ucapkan terima kasih atas semua kelebihan dan jasa-jasanya
: Bersabarlah dengan tingkah lakunya
: Terimalah & redha dengan kekurangan yang ada padanya
: Jadilah imam terbaik yang dapat membimbingnya
: Ampun dan maafkanlah dia atas segala kesilapannya

Trima Kasih ye dik



Aku ke sebuah sekolah. terpingga-pingga mencari pejabat. besar jugak sekolah tu.
Kebetulan selisih dengan seorang budak perempuan.jernih wajahnya


aku : adik, pejabat katmana?


budak : en jalan terus sehingga jumpa bilik tayangan. lepas tu en belok kiri sampai nampak signboard pejabat(kemas dan penuh keyakinan tutur katanya)


aku : terima kasih ye dik


budak : sama-sama (sambil tersenyum)


aku : adik darjah berapa?


budak : darjah 2


aku : oh baru darjah 2.belajar rajin2 ye dik


budak : terima kasih (sambil tersenyum malu)


Terus terlintas difikiran aku
bijak budak ni. daripada tutur kata dan air mukanya aku nampak potensi dia.
Mesti parent dia beri didikan yang baik

Soalan kepada Lelaki

Awak..Saya nak tanya

Awak boleh cinta Allah dan Rasulullah dulu sblm mencintai saya?
Awak boleh imamkan solat saya?
Awak boleh bimbing saya mencari Cinta Illahi?
Awak boleh bimbing saya menuju Syurga hakiki?


[Soalan wajib tanya pada bakal suami]