Kehidupan Sebelum ada Komputer


Bacaan Duduk antara 2 Sujud


info Tentang Alam Semesta

info yang perlu kalian tahu tentang alam semesta


Fakta tentang Tragedi 11 September

kisah 11 September


Media Malaysia

Situasi sebenar :
Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian




Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari" 


Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan" 


Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?" 


Harakah - "Kami tiada beca" 


Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah" 


Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat" 


Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca" 


Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang" 


Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster" 


Mastika - "Misteri penarik beca:temubual eksklusif dengan hantu ubi" 


Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari"
 

Ingat 2 perkara dan Lupakan 2 perkara


2 Perkara yang perlu kita ingat :

1- Kebaikan orang kepada kita hendaklah selalu diingat. Orang yang pernah menolong kita dengan nasihat, wang ringgit, tenaga dan sebagainya perlu diingat. Jika boleh, dibalas dengan budi yang setimpal atau lebih. Ini akan menyebabkan kita mudah menjadi orang yang pemaaf kerana merasakan kebaikan orang lain melebihi kesalahannya. Lebih-lebih lagi nikmat Allah kepada kita perlu disyukuri, perlu selalu diingat dan disebut-sebut sebagai tanda kesyukuran dengan lidah dan hati. Firman Allah yang bermaksud "Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur)" (Surah ad-Dhuha : 11)


2- Hendaklah sentiasa ingat kesalahan kita kepada orang lain agar terdorong kita untuk meminta maaf. Inilah yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah. Berazamlah untuk tidak mengulangi kesalahan seperti itu lagi. Lebih perlu kita mengingati dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Ini akan menimbulkan rasa insaf, takut, menyesal yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah. Ingatlah, bahawa dosa yang menyebabkan kita menangis lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur

2 Perkara yang perlu kita lupa :

1- Jangan sekali-kali mengungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Hakikatnya kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikanNya kepada manusia lain. Sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri ini akan membatalkan amal. Jadi, apabila kita membuat kebaikan kepada orang lain, cuba rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepadanya. Lebih-lebih lagi, perkara yang perlu kita lupakan adalah segala amal ibadah yang telah kita lakukan kepada Allah. Perbuatan mengingati ibadah yang telah dikerjakan hanya akan mencalar keikhlasan. Sedangkan segala-galanya dilakukan atas hidayah Allah jua. Oleh sebab itu, setelah beramal rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu kita akan selamat daripada rasa ujub, sum'ah, riyak atau bangga diri


2- Anggaplah seolah-olah tidak ada sesiapa yang bersalah dengan kita. Ini akan membantu kita mengawal rasa marah dan dendam. Kita hanya hamba Allah, bukan tuan lebih-lebih lagi Tuhan dalam kehidupan ini. Jadi, apabila hamba Allah yang lain melakukan kesalahan kepada kita anggaplah kita layak untuk disakiti kerana kita hanya hamba Allah. Lebih-lebih lagi yang perlu kita lupakan adalah segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang Allah timpakan. Sedarlah bahawa, kesakitan, kematian, kerugian, kemalangan, kegagalan dan malapetaka alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemelesetan ekonomi dan sebagainya itu hanya mehnah daripada Allah untuk memujuk manusia kembali kepadaNya

4 jenis Sistem Ekonomi di Dunia


1) SISTEM EKONOMI KAPITALIS
tiada campur tangan kerajaan
Contoh : USA, Hong Kong,UK




2) SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
kerajaan berkuasa penuh, pengguna tiasa kuasa dan kebebasan
Contoh : Cuba,China




3) SISTEM EKONOMI CAMPURAN
gabungan antara tindakan kerajaan dan kuasa pasaran
wujud akibat kelemahan kapitalis dan perancangan pusat
Contoh : Malaysia,Singapura,Thailand


4) SISTEM EKONOMI ISLAM
berdasarkan prinsip Islam dan hukum syarak
Contoh Arab Saudi, Kuwait, Iran

Lawak 2 sekawan


Naim : hang kenal lisa surihani ?

Zul : Lisa surihani? kenal sangat. Dia tinggal sebelah rumah aku

Naim : katmana rumah hang?

Zul : Kat sebelah rumah dia

Naim : Ya lah, katmana kedua rumah tersebut?

Zul : Saling bersebelahan

Naim : ada jugak yang makan kaki ni kang

Deposit untuk Anak Dara


Mak Cik : Anak makcik belajar tinggi.Ada rupa pulak.Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunya yg belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye


Mat : Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat


Mak Cik : Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yg tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap


Mat : Kalau makcik nak jual anak macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TESTDRIVE dulu semua..Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu..100ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus..Anak makcik skali dgn deposit tu makcik boleh simpan

Putra Brasmana Kuala Perlis



Budak Penjual Kuih


Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Maksud bacaan Duduk antara 2 sujud

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

surah Al-Ahzab ayat 59























klik pada gambar untuk paparan yg lebih jelas

Firman Allah
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - al-Ahzab : 59

KL Gangster Lawak

KL Gangster lawak
malek vs shark..hahaha



Senarai harga topup Baru

Berikut adalah senarai harga topup selepas dikenakan cukai 6%


Dengan ini boleh najib membina menara warisan 100 tingkat dan rosmah marcos menambah koleksi beg tangannya

Sulit!Soalan Bocor UPSR 2011

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) akan berjalan pada 13, 14 dan 15 September ini. Kini hangat diperkatakan beberapa soalan Matematik telah bocor..Ia terlepas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dan hebat disebarkan di internet

Soalan Matematik yang dikatakan itu adalah seperti di bawah :




Logo Baru Maybank

Bank terbesar di Malaysia iaitu Maybank telah melancarkan logo baru pada 9-9-2011


skali pandang tak nampak beza sangat dengan logo lama. 2 kali pandang baru nampak beza



Sebuah Kisah Klasik



 | ryzen |  mobo | Vivo Y22 | MyThesis | KertasKerja

monitor HP 20kd DVI D 1440 x 900

cuci gigi pada 24 Ogos 2017

mail.cock.li

bit.do/folderKita

mediafire.com/?qhlgc2ip6bimr54
password - malware

mediafire.com/?dnzngrrwgnz

curiouscat.me/bukucatatan
fb menakluk kosmos

sayat.me/bukucatatan
bintang88

Hati yang suci. Jiwa yang tenang

kiwi6.com/users/wanvivo

bukunota.bandcamp.com

i.hizliresim.com/mJXkzV.jpg okt 17

Cukai Perkhidmatan 6% akan Dikenakan Bila anda Topup


Disahkan mulai 15 September 2011 Cukai Perkhidmatan 6% akan Dikenakan bila anda membeli kad tambah nilai atau Topup. RM10 menjadi RM10.60

Cukai ini dikenakan bertujuan menampung kos pembelian terbaru cincin primadona rosmah yang bernilai RM32 juta

Dimanakah ini

kalau ampa tera ni katmana?


Lawak hari ini


Cikgu : Baik murid2...pagi ni kita belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?
Fairuz : Kok kokk kokkkkk!
Cikgu : Bagus Fairuz... Amy buat bunyi kucing pula
Amy : Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya...Udin,buaya bagaimana pula bunyinya?
Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer? Abang temankan ya
Cikgu : Bunyi buaya apa tu??
Udin : Buaya darat cikgu