Bahaya untuk Kesihatan

merokok membahayakan keSIHATan

Malaysia vs chelsea 21 julai 2011




3 kelab gergasi dunia arsenal, chelsea dan liverpool akan melakukan jelajah asia musim panas

Malaysia vs arsenal 13 Julai 2011

Malaysia vs chelsea 21 Julai 2011

Malaysia vs liverpool (belum diketahui tarikh)

Harga tiket bermula rm58, rm68, rm108 dan rm388
Untuk perlawanan dengan chelsea tiket akan mula dijual pada 20 hingga 29 Mei di semua butik Adidas seluruh negara, manakala bermula 30 Mei pula, tiket boleh didapati di cawangan Ticketpro di seluruh negara atau secara online menerusi laman web

Makan Malam di Kuala Perlis


Dapat Mesej dari kawan aku dari kuala nerang kedah
"wan, aku dgn family makan kat kuala Perlis.aku nak jumpa hang"

aku balas la
ok hampa makan dulu.sudah makan aku p kat hang

Tiba-tiba ada call masuk
"weh meh makan skali"

aku cakap, takpa la hang makan dengan family hang dulu, aku dah kenyang

tiba-tiba suara bertukar
"Assalamualaikum..wan meh makan skali,makcik dah order banyak"

skali mak dia la
naik segan aku,cuba tolak pelawaan tapi ternyata tak mampu.
Apa lagi terus pecut moto ke restoran Lynda ikan bakar tepi laut Kuala Perlis
sampai-sampai dah ada tempat disediakan untuk aku.

"Sila-sila wan menjamu selera jangan malu-malu, makcik belanja"
...
...
...
menjamu selera sambil menikmati keindahan malam kuala Perlis dan angin laut yang sejuk

Terima Kasih makcik Makcik memang sporting

Tapi bila saya boleh hantar rombongan?Erkkkkkkkk ~ ~

Software yang Perlu Anda Cuba


1. Spider Player

Lupakan saja Winamp kalian. winamp tak best. dah la berat, interface tak cun. Cuba guna Spider Player. Skali cuba pasti terus terpikat. Spider Player adalah yang terbaik kerana ringan dan interface amatlah cun dan simple

2. Ashampoo Burning Studio 6

Dalam bab burn pasti kalian dah terbiasa dengan Nero. apa ada hal nero? Nero pun berat, tambah lagi dengan function yang terlalu banyak dan mengarut. Padahal kita just nak burn cd/dvd ja. Kalian tinggalkanlah Nero dan beralih angin ke Ashampoo Burning Studio 6. Percuma plak tu. Keseronokan Ashampoo Burning Studio tak boleh disangkal lagi

3. MPCSTAR

Codec video terbaik. Tak perlu lagi guna k-lite codec. Mpcstar boleh play semua video

4. Foxit Reader

Kalian seorang yang gagal apabila menggunakan adobe reader. Kerana, Foxit Reader lebih ideal untuk digunakan. Adobe Reader lambat loading. Berbanding dengan Foxit Reader, rasa macam buka notepad ja. Foxit Reader jugak lebih mesra alam

5. Firefox

Ada lagi orang zaman sekarang ni guna IE? agak-agak lah kot

Kartun Lawak

kartun lawak


hehe best

kredit to Alif Firdaus

Cinta Monyet?


Pernah anda melihat pasangan yang tengah bahagia bercinta? Benarkah seperti yang dikata, bila bercinta semua perkara manis. Mari kita lihat tabiat-tabiat orang bercinta

Motosikal dan Kereta

Perkara biasalah kan bermotosikal dan berkereta dengan boyfriend. Takkan berbasikal kot keluar dengan teman istimewa. Merendek dengan moto ni yang menjadi masalah. Agak tak manis dipandang masyarakat. “syg i ambik u kat simpang depan tu ye, u tunggu tau. kita g tengok wayang cita Aku Masih Dara” berani la kalau ambil anak dara orang depan rumah. Jawab la dengan parang makayah dia

Berpegangan Tangan

Berjalan di pesisir pantai, di shopping compleks, pasar malam, taman rekreasi.. Inikah bukti cinta? “Takpe inikan perkara biasa bagi orang yang bercinta, nanti kita nak kahwin jugak” Banyak la nanti nak kahwin. Entah-entah hati dah berubah. Hati manusia siapa boleh duga. Masa tu tau la langit tinggi ka rendah

Kongsi Minat

Boyfriend minat bola, si awek pun ikut. Awek minat photography,si lelaki cuba mendekati dan memahami photography. Padahal dalam hati “tidak, aku tak suka semua ni. terpaksa ikut sebab nak jaga hati” ahaha kata honest. Mana perginya honest tu?

SMS dan Call

Handphone tak pernah lekang dari tangan. Lawan berbalas mesej. Bila mesej tak reply merajuk. Pastu kena hantar report kat pasangan “b, i nak pegi pasar beli ikan, teman mak i” Mana nak pergi, dengan sapa kena bagitau. Memang terkongkonglah

Lagu Tema

Yang ni part paling best. Siap ada lagu tema lagi. Kononnya lagu tema mengingatkan perkara yang indah dan manis dalam percintaan. p mampuih la

sigh ~

Langit tak Selalu Cerah


Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan.
Kegagalan tak pernah diundang. Namun kegagalan datang jua
Kenapa kegagalan datang walaupun kita tidak menjemputnya?
Kerana manusia itu lemah. Manusia perlu penggantungan kepadaNya.
Mungkin juga kerana Usaha yang tidak mencukupi menyebabkan kita gagal


Gagal bukan bererti kalah
Gagal bukan bererti gagal selamanya
Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan.
Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas
Kegagalan mematang dan mendewasakan kita
Kegagalan juga mengajar kita berdiri dikaki sendiri.

Peredaran zaman terus kehadapan
Masa tidak boleh diundur sekalipun sesaat
Sejarah membuktikan bahawa manusia perlu kepada perubahan
Singkap kembali Zaman Kesultanan Melayu Melaka
derita merindu itu terkadang dapat dirasai
Pada zaman itu Melaka antara empayar terbaik
Dengan kekayaan hasil bumi, ekonomi yang stabil dan kedudukan yang stategik.
Ini menarik minat portugis


Kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka pada 1511 membuktikan kegagalan
Kegagalan ini yang menyedarkan masyarakat ketika itu dan kita pada hari ini.
Daripada kegagalan itu bangkitnya semangat untuk berjaya
sejarah mengajar kita bahawa hidup mesti berani untuk gagal.
Gagal bukan perkara luar biasa
Gagal itulah permulan kepada kejayaan !

Lawak awek cun dan lelaki cool

Lawak awek cun dan lelaki cool


Lawak awek cun dan lelaki cool