Anti Earth Hour


penulisan ini adalah hasil daripada pandangan penulis semata-mata.harap maklum

apa yang aku tahu tentang earth hour?
earth hour ni aku tahu tahun lepas ja. time tu hari istimewa ni baru nak tembus Malaysia.
earth hour diasaskan pada tahun 2007 dan ianya bermula di Australia.
hari menutup lampu pada 27 Mac 8.30pm-9.30pm simbolik kepada menyelamatkan bumi daripada pemanasan global.


Earth hour disambut baik oleh badan-badan kerajaan dan swasta.
siap berkumpul ramai-ramai lagi kat luar. tv3 pulak tunjuk live yang mereka tutup lampu kat sri pentas. eh klcc nak tutup lampu jugak?


boleh selamatkan bumi dengan cara ni?
aku tak nafikan, dengan cara ni mungkin ada peratus yang boleh kita kurangkan pemanasan global ni. tapi berapa la sangat.
kenapa takda kempen naik basikal ke, kempen robohkan kilang rokok ke. wohha


Kenapa Aku Takkan Tutup Lampu

1. pukul 8.30pm - 9.30pm adalah waktu aku dan family menonton berita, makan malam, solat dan study

2. tutup lampu dok dalam gelap tengok tv? apa ingat wayang ka

3. aku taknak menyumbangkan kepada peratus kerugiaan TNB pada suku tahun pertama.kesian kat TNB weh

4. tak mustahil maksiat akan bertambah time ni

kita lihat reaksi rakyat Malaysia tentang earth hour

"kenapa dengan harini??sama macam hari raya deepavali ka??aku tatau laa..
apa ni??apa semua ini??
aaahhhh..aku buntu..aku cemas..
aahhhh...huk huk..(menangis)" - ahcong pendang kedah


"Aku nak bukak semua lampu kat rumah aku Sabtu ni" - deus shah alam selangor


apa kata hangpa ???

Amalkan Cara Hidup Sihat di Blogspot



Oh ni first time aku nak kasi tips. bajet macam bagus la pulak.
Sebenarnya ni hanyalah pendapat aku. terpulang kepada blogger lain bagaimana nak menerimanya.

1. widget melebihi entri
perkara ni tolonglah jangan amalkan. reader ke blog kita untuk menbaca kisah kita, bukan nak tengok jam, kalendar dan lain-lain. widget juga melambatkan load blog anda. contohilah keretamayat

2. lagu dan irama
tak perlu meletakkan lagu. bila blog ada lagu ni hilang fokus atau konsentrasi reader untuk membaca entri. potong stim terus.

3. word verification
entri best tapi ada benda alah ni.aduhh..
perkara ni memang menyusahkan. kenkadang word tu plak susah nak baca.
jangan marah orang tak komen blog kita.

4. komen balas dan terjah blog
yang ni perlu dilakukan. reader akan berasa dihargai dan membuatkan nak mai datang lagi ke blog kita.sekurang-kurangnya kita jerit la di shoutbox dia

aku perasan sekarang ni ramai yang letak formspring kat blog.
best jugak kot benda ni

ps : harap kawan blogger aku (AhCong) menjadi manusia yang baik.ahaha.
"wei acong aku dah bagi kredit kat hang"

Jadilah Kita Manusia Yang Baik


Kebelakangan ni timbul isu plagiat, trademark dan respek sesama blogger.
Maka bangkitlah pihak masing-masing mempertahankan hak dan pendapat masing-masing.
Terjadi jugak serangan minda dan serangan psikologi.
Betul la kan, blog ni tempat meluahkan perasaan dan menterjemahkan apa yang terbuku dihati.

Perkara sebegini tidak akan terjadi jika setiap blogger mengamalkan sikap toleransi dan hormat-menghormati


Pssstt...disebalik pokok yang rendang, aku curi dengar dialog 2 ekor babun
meh kita ikuti dialog 2 ekor babun di taman bunga


babun a : i hairan la dengan manusia ni
babun b : apa yang hairannya


babun a : Tengok tu, boleh ja manusia tu buat aksi manja, ngesel2 kat tempat awam macam ni.takda ikatan yang sah pun.
babun b : Tak malu betul. sepatutnya malu la kat kita ni. kita pun nak beromen dalam hutan ja.
babun a : Kesian kat mak ayah. didik anak dah betul tapi anak pulak buat hal.


babun b : minggu lepas i baca surat kaba. ada manusia bunuh anak i tell u
babun a : apa la kita sibuk nak menambah komuniti, mereka senang2 bunuh anak
babun b : kejam2


babun b : tapi i lagi hairan. kenapa dalam komuniti manusia mereka mementingkan kuasa, pangkat, harta dan macam-macam lagi
babun a : pedulikan je lah.kita mana boleh faham mereka. dalam komuniti kita takda benda-benda macam tu.
babun b : betul jugak ye


babun b : pelik kan manusia ni
babun a : biasalah tu takda peliknya. kita ni yang pelik


babun a : tapikan b, kenkadang manusia ni dah macam kita plak
babun b : eh tak baik kata macam tu


babun a : yela..ada akal tapi macam takda akal
babun b : hmmm..no komen la


babun b : manusia ni ada ja benci, dengki, gaduh
babun a : nak buat camna, mereka ada hati dan perasaan.
babun b : kita pun ada hati dan perasaan. tapi takda la nak dengki2,jahat2
babun a : nafsu la tu kot.dah tak terkawal macam-macam boleh jadi


babun a : sebenarnya manusia dengan kita ada persamaan tau.serius ni.
babun b : memandai ja. kang marah samakan mereka dengan kita
babun a : kan kedua-duanya adalah mamalia.

terus 2 ekor babun ni gelak tak ingat dunia


lalu aku pun keluar dari sebalik pokok yang aku sembunyi.
terus ja aku terjah sambil berkata
"wei berani kutuk spesis aku"

dek kerana terkejut dan takut lalu cabutlah 2 ekor babun tadi.

sekian...


Oh rancangan feberet rakyat Malaysia kembali lagi
Saksikan akedemi fantasial.bersama kita tepuk tangan dan abiskan duit.

Gengblogger - Aku Tak Puas Hati


Aku taknak cerita panjang2 macam jambatan pulau pinang. aku tak puas hati sebab GengBlogger laju gila kentang update.
Tak sempat entri aku nak bernafas.haha
pukul 3 pagi pun ramai lagi yang ping.
Terus maju blogger Malaysia.

Contest Dimana Bola - Korang Meh La Join


Contest lagi..
kali ni jom kita teka dimana bola.
agak-agak korang dimana bola tu ye

mengikut firasat aku kebarangkalian bola berada pada kedudukan
G atau H

jom pakat-pakat join contest ni
jangan lupa Wan Perlis sebagai referel ye

terima kasih kepada pengajur yang adakan contest ni
referel aku untuk contest ni adalah TihaZainal

makan bola, tidur bola, aweks pun bola.. wohha

p/s - tak sabar aku tunggu fifa worldcup.ada aweks layan bola?

Lari Ikut Teman Lelaki - Berapa Harga Seorang Wanita?



Kes wanita/perempuan/aweks/gadis lari ikut teman lelaki dah lama terjadi.
Sejak zaman Hang Tuah lagi kes ni dilaporkan.
Nowonder la sebab zaman tu orang Melayu masih ditakuk lama.
Menteliti kelas ke-3, tidak boleh berfikir jauh dan dipengaruhi dengan unsur karut-marut.
Orang lain dah guna m-16, kita masih guna keris dan lembing.
Orang lain internet speed dah 100mbps, kita 4mbps pun tak semua kawasan dapat.huahaha (gelak lawak)


Tapi yang aku hairan, masih ada gadis Melayu tv9 atau perempuan Melayu terakhir karya erma fatima
di era globalisasi ni lari ikut teman lelaki.
Sayang habis ye korang kat teman lelaki korang?
Asyik bercinta sampai dah tak ingat dunia dan akhirat.
Tak sedar siapa yang lahirkan dan besarkan korang?
Siapa yang penting dalam kehidupan korang? <--nak aku jawab jugak ke soalan ni.


Bab gadis lari ikut teman lelaki asing satu hal.ni lagi parah.
Ada ke patut lari ikut warga indonesia.
Kalau dia kaya boleh bagi banglo 14 buah dan kereta ferrari 7 biji ada la jugak faedahnya <--eh aku gurau ja
Ni tak, lelaki tu pun asal cari makan kat negara kita.

Tak perlu menuding jari kearah siapa yang bersalah dalam hal ni.
Tapi aku tetap nak kemukakan persoalan kenapa perkara sebegini terjadi
adakah mungkin kerana :

1. kurang didikan agama
2. kurang perhatian ibubapa
3. perempuan terlalu mengikut perasaan
4. terkena ubat guna-guna <--tak percaya aku benda out of date macam ni

Berapa harga seorang wanita?
Jangan jadikan nilai diri korang ibarat 50sen atau sebiji burger.
Senang-senang ja lelaki main-mainkan korang.

Kepada gadis diluar sana, berfikirlah dengan bijak.
Korang juga harapan keluarga harapan negara.
Jangan sia-siakan kehidupan korang.

Eh aku tulis macam orang ada pengalaman plak.erk