Terima Kasih Fivio - Aku Nak Melangkah Kehadapan Lagi


Akhirnya selesai urusan aku membeli hosting dan domain dari fivio.
Ini juga adalah hasil daripada survey yang yang dilakukan dimana package yang ditawarkan memang berbaloi-baloi.
Blogger2 pro pun saran fivio..cayalah fivio.
Terima Kasih banyak-banyak.
Justkhai guna fivio jugakkan.

Tak lama lagi aku ada blog berdomain sendiri?
Macam tak percaya je.
Bagaimana status blogspot ni?
Adakah aku akan tinggalkan begitu saja setelah disini bermulanya langkah?
Disini juga terlakar memori suka dan duka.Oh sayang.

Tak pasti lagi tarikh aku akan up kan blog yang baru tu.
Banyak lagi yang perlu aku belajar dan buat kajian.
Yang pasti aku perlu buat promosi dan banyakkan lagi blogwalking.

Aku juga harapkan pro blogger seperti :

Aenaz
Denaihati
Kujie2
Lizarazak
Anarm
Mohdisa
AriffShah
BeliaMuda
SiBintang
Qilan87
X-Po
AzizanKadir

dan ramai lagi yang aku tak tersebut dapat memberi nasihat.
korang memang tiptop.

Kepada reader blog ni
Bersedia tak nak ke rumah baru aku nanti?
aku renovate cantik-cantik untuk korang.
Rajin-rajin singgah ye.pintu sentiasa terbuka untuk korang.
Siapalah aku tanpa korang semua.hehe
Korang sayang kat aku kan?kan? ek eleh taknak mengaku plak.

yay (melompat keriangan)

------

aku tengok buletin utama tadi (26feb) ada lagi kes pembuangan bayi dan budak comel berusia 3tahun didera sehingga mati.
Cis!durjana punya manusia yang melakukan.
bodoh,bangang,zalim,kejam,moron <--mula la nak maki
Kemana hilangnya nilai kemanusiaan?
Where is the love?????

Ingatlah kita bukan sesiapa di bumi ini.
Kita saling memerlukan.
Fikir-fikirkan lah

Bagaimana Pensil Warna mengajar Kita tentang Kehidupan?




Seorang budak 5 tahun telah dihadiahkan pensil warna oleh ibunya.
Lalu budak itu membuka kotak pensil warna tersebut sambil berkata
"cantiknya pensil warna ni"


Kita sendiri pasti pernah menggunakan pensil warna.
Seorang budak berusia 5 tahun mampu menilai pensil warna itu cantik.
Dari perspektif dewasa, kita pasti dapat menilai pensil warna itu lebih daripada cantik.


Bagaimana Pensil Warna mengajar Kita tentang Kehidupan?


1. Melengkapkan Antara Satu Sama Lain
Sebuah lukisan pemandangan yang cantik memerlukan pensil warna yang universal.
Jika warna hijau tiada mana mungkin lukisan tumbuh-tumbuhan terhasil dengan segar.
Begitu juga kehidupan manusia.Kita perlu bekerjasama dalam sesuatu perkara.
Pensil warna mendidik tentang muafakat.


2. Perjalanan Setiap Hari
Bumi Tuhan ciptakan ini sangat luas.
Kita bebas melangkah kemana-mana.
Didalam sebuah kotak pensil warna,terdapat pelbagai warna.
Warna-warna inilah yang mencorak kehidupan.faham tak?


3. Fitrah Kehidupan
Mungkin ada yang boleh nampak dalam pensil warna
Ada susah ada senang, ada bahagia ada derita, ada suka ada duka.
Tidakkah kita terfikir?
Kehidupan tidak seperti filem Kala Bulan Mengambang.


4. Membentuk Peribadi atau Jati Diri
Seseorang telah menetapkan bahawa biru adalah warna kesukaannya.
Kerana biru itu luas, seperti luasnya lautan dan indahnya dada langit.
Tenang, selesa dan bebas..


5. Komuniti Yang Besar
Pensil warna melambangkan kehidupan kita.
Kehidupan yang pelbagai dari segi agama,budaya,bahasa,warna kulit dan lain-lain.
Sepatutnya kehidupan yang berwana-warni ni membuatkan kita gembira.


Tapi kenapa persengketaan terjadi??
Kenapa manusia terlalu rakus dengan dunia ni?
Apa yang dicari sebenarnya?
Aku tak faham...

Tribute To Denaihati


Assalamualaikum..

Ni entri khas ke?
Bukan..ni entri umum ja.Untuk semua lapisan masyarakat.hehe

Entri penghargaan ini aku tujukan kepada Denaihati.
Terima Kasih kerana menganjurkan contest Hidup Berani Untuk Gagal.
Contest ni mendapat sambutan yang amat baik dan pemenangnya pun sudah diketahui.

Aku bersyukur dan gembira sangat-sangat apabila entri aku, Hidup Berani Untuk Gagal
tersenarai dalam 28 entri terbaik.Alhamdulillah..
Daripada 140 blogger yang menyertai, tersenarai dalam 28 entri terbaik dah cukup membuatkan aku gembira.
Dan aku bahagia walaupun tak menang contest hidup berani untuk gagal(5 entri terbaik)
Ini adalah satu penghargaan dan membuatkan tuan punya blog bertambah semangat untuk terus blogging,
walaupun masih budak mentah.
Sedikit-sebanyak Hidup Berani Untuk Gagal telah mematangkan aku.
Terima Kasih denaihati memilih entri dari blog ni yang masih tercari-cari arah.
Cun lah.
Harap lepas ni ada lagi contest.


Terima kasih juga kepada mereka yang mengundi aku..vote for 28..
Sumbangan anda amat dihargai.
Korang memang sayang aku.huahaha..Taknak mengaku plak.

Ucapan Terima Kasih kali ke-4 kepada Nurain1101 kerana aku adalah pemenang contest budak sekolah ni.
Hmm..tak sangka plak.
Ni lah kali pertama menang contest.best,best memang best.
yay(melompat keriangan)

Terima Kasih lagi kepada Cikgu Isza yang menunaikan permintaan aku.
oh sedapnya ice blended..

Terima Kasih kali ke-6(berapa banyak terima kasih la) kepada korang yang sudi menjadi reader KemanaArahKita.
Tanpa korang siapalah aku.
Korang memang best.Nanti kita menge'teh sama-sama ek.
Tapi korang kena la turun Perlis.hehe

Oh kepada si bunga dan si kumbang diluar sana,sedarlah!kasih sayang tidak ditunjukkan sehari..
Kasih sayang itu setiap hari.kasih sayang sentiasa ada.
Korang faham kan?
Kalau tak faham buat-buat faham ja.

Thanks to all..
Life is SweeT..yay

Cinta itu Membunuhku



Harap maaf siaran tergendala.
Tajuk diatas tiada kena-mengena dengan entri kali ni.
lukenabeb ! ini hanya sekadar gimik.
ok kita serius.teruskan membaca.

Tajuk sebenar adalah.....
Ada Apa Atas Meja korang ?


Ada Apa Atas Meja Aku :

1. Personal Computer

Sejak sekolah rendah lagi mengidam, umur 18 tahun baru boleh dapat.
Bayangkanlah...penantian satu penyiksaan.
Kat sini la tempat release tension, hilangkan boring dan tercetusnya idea-idea.
Lalu diterjemahkan melalui penulisan.
Depan pc ni jugaklah masa aku banyak dihabiskan..tapi aku bukan gamer.
Sebenarnya inilah girlfriend aku <--sayang sangat-sangat
Anak buah aku panggil ultramen bila dia tengok alienware aku menyala-nyala.ahaha



2. Kamus

Untuk rujukan apabila jumpa perkataan inggeris yang tidak diketahui.
Selain untuk meningkatkan lagi penggunaan bahasa inggeris.
Kamus aku sangat-sangatlah comel.keluaran oxford fajar.
Yup e-kamus guna jugak.



3. Alat tulis

Paperlovemate kilometrico berdakwat hitam.
Tipulah kalau takda benda alah ni.benda alah ke?
Harga murah tapi amatlah berguna.
Eh siapa yang mencipta pen?
Yang pasti bukan Sir Isac Newton kerana Sir Isac Newton adalah orang yang mengemukakan hukum graviti.



4. Sticky note

Memudahkan untuk menulis sesuatu yang dirasakan perlu.
Ataupun orang panggil nota kaki atau nota kecil.
sticky note ni size berapa aku tak tau.
Ada orang suka sticky note warna-warni.
Cantik jugak tu.
Amaran ! jangan sesekali menulis ip address atau password.



5. Air mineral

Menghilangkan rasa haus atau dahaga.
Leganya dapat teguk air..menyegarkan..
Doktor sarankan minum 8 gelas air sehari.
Ingat tu.



6. Gula-gula

Kenkadang ja ada atas meja.
Untuk memanis mulut dan ayat.
Nak makan tiap hari pun tak boleh.
Tak baik untuk kesihatan.
best-best hudson ungu.ada rasa angin sikit2.
hacks tak suka la.


Semestinya aku dahulukan soal kekemasan dan utamakan soal kebersihan.
dont selerak-selerak.
Persekitan haruslah kemas, bersih dan selamat.
Sejuk mata memandang, sejuk lagi gunung daik bercabang tiga.Tahu tak gunung daik katmana?
Prinsip 5s <-- tak tahu tanya nobita, eh tanya pakcik google la.

Korang macam mana?
Ada apa atas meja korang??
Tak kisahlah meja kat office mahupun meja personal di rumah.

Freemason - Tak Perlu Takut


Atas rasa keprihatinan dan menyedarkan,
aku rasa terpanggil untuk mengemukakan pendapat tentang isu freemason
dari perspektif budak mentah yang matang.
Ringkas dan sederhana.


Apa itu freemason ?

Freemason adalah gerakan rahsia untuk pembentukan New World Order yang akan menguasai dunia keseluruhannya.
Freemason adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Korang rasa gerakan freemason ni bahaya tak ?
Freemason memang bahaya kerana seperti yang aku katakan tadi ia bertentangan dengan Islam.
Jika benar gerakan ini ada di Malaysia maka kita tentang habis-habisan.
Pihak bertanggungjawab perlu bertindak.

Sebagai manusia yang mampu berfikir dengan baik dan bijak, isu freemason ini tidaklah perlu ditakutkan.
Jelas sesuatu perkara itu bertentangan dengan agama maka kita tolak dan kita tentang.

Dan jangan pula fanatik sehingga pokemon,mickey mouse dan facebook dikaitkan dengan freemason.
Sebenarnya korang dok tengok american pie tu la freemason.

Berkenaan ajl baru-baru ni,jangan hanya memandang pada freemason semata-mata.
Lihatlah sendiri dari segi keseluruhan ajl.
Jelas mempunyai unsur maksiat dan lagha.pergaulan bebas,pendedahan aurat dan membazir.

Apa kata korang ??

klik gambar diatas untuk membaca petikan dari Utusan