Berpakaian Tapi Bertelanjang



Ops...
Hari ni mood aku lain macam.


BENCI BENCi BENCI..
Aku tak suka..benci..plus sakit mata.
Aku cukup tak suka dengan kaum wanita yang jenis tak tau tutup aurat.
Bukannya tak tahu tapi sengaja buat2 tak tau.
Bohong la kalau hangpa kata tak tau hukum hakam pasal ni.
Jiran aku yang 3 suku pun tak percaya kalau hangpa kata tak tau pasal ni.


Dari kecil lagi dah diajar oleh makayah,cikgu2..
Tak cukup lagi ka?
Tak tau la aku kalau hangpa memang tak pernah diajar.mustahil.
Mungkin hangpa boleh pinjam buku teks Pendidikan Islam tingkatan 1..
Tak kira la sapa punya.adik hangpa ka,sepupu hangpa ka atau kawan hangpa yang tidak memulangkan buku teks tu.
ha dalam buku teks tu baca la mukasurat....aku tak ingat.
Baca la suma senang cerita.


Sekarang ni aku tengok budak tadika pun dah bertudung.
Malu la skit kat kanak2 rebina ni.
Takkan hangpa nak jadi remaja rebina.
Lebih malu lagi kat suku kaum di Sabah dan Sarawak sana.
Mereka pun dah cukup kain.Dah maju dah pun.
Siap dah boleh myspace,facebook,youtube dan blogging lagi.
Malulah skit kat kaum ni.
Dulu mereka belajar cara berpakaian daripada kita.
Takkan kita nak kena belajar balik dari mereka plak.aik..


Hmm...
Hangpa ingat hangpa sapa sesuka hati nak dedah sana ketat sini.
Ingat dunia ni milik hangpa ka?
Hidup ni ada protokol.
Bukan boleh main ikut suka, ikut sedap ja.
Apa umur 20 tak boleh mati?
Sampai umur tua ja baru boleh mati?camtu?
Memang salah!
Bila2 ja boleh pejam.
Janganlah sampai tak sempat taubat!


Hangpa ingat cantik sangat?
Cantik sangat bodi hangpa.
Menyampah aku tengok.
Dah macam xda maruah diri.
Tunjuk sana dedah sini.
Zaman dah maju..sekarang ni kain banyak kat dunia ni.
Memang bohong besar kalau kata tak cukup kain.
Hangpa tau tak?
Nyonya jual sayur tepi jalan lagi cantik.
Walaupun naik basikal mini ja.



Tak rasa sesak nafas ka pakai pakaian ketat2?
Kaum lelaki yang tengok memang sesak nafas.
Seksi hangpa memang seksa.
Seksa kami tertengok.
Sudah2 la..
Banyakkanlah diri kat sejadah plak.
Bumi yang kita pijak ni bukan kekal selamanya.
Kita pun bukan kekal selamanya kat sini.



Aku rasa hangpa tak semiskin orang kat Padang Indonesia tu.
Sekarang ni dah sehelai sepinggang.
Kais pagi makan pagi..kais petang makan hingga ke malam.
Jadi takkanlah tak cukup duit beli pakaian yang cukup kain.
Padahal baju yang cukup kain dan baju yang tak cukup kain tu harga sama je kan.
Siap baju yang labuh tu dapat diskaun lagi..hangpa tak nak beli gak.
Kenapa la pilih yang tak cukup kain gak.
Baju yang cukup kain tu tak cukup lawa ka.
Hmm..hangpa tak berkenan kot ye.
Lantak hangpa la.
Aku nasihat ja.
Fikirlah sendiri.


Pastu kesian la skit kat adik hangpa.
Hangpa pakai baju adik pastu adik nak pakai baju apa?
Ukurlah baju dibadan sendiri.
Jangan ikut saiz bodi adik.
Mana sama saiz bodi adik dengan hangpa.
Ye la hangpa dah umur 20an..nak beli baju ikut saiz adik hangpa yang darjah 5 tu.
Mana la padan.jauh panggang dari api.
Buatlah pemilihan dan pembelian yang bijak.
Berfikirlah menggunakan kepala otak.



Mungkin hangpa tak prasan.
Hangpa pakai tak cukup kain ni boleh jejas ekonomi negara tau.hangpa pk baik2.
Lebih teruk boleh menjejaskan sistem pertahanan negara.
Lagi bahaya boleh jejas saham akhirat.
Camna nak jawab.
Kata orang negeri sembilan x dopek den nak nolong.



Satu lagi aku heran la.
Hangpa rasa megah bila ada kayu balak,buayafriend..
Ada aku kesah?memang aku kesah sebab hangpa saudara aku.
Sedarlah skit kentut hangpa tu tetap busuk gak.
Best sangat ka cinta sebelum nikah?
Apa yang bestnya?
Mungkin best sebab ada orang take care?
Mungkin best sebab hidup tak boring?boleh sms tiap hari.
Mungkin best sebab ada org belanja makan?
hampeh..

Sampai mana sangat la cintan cintun hangpa.
Alih2 putus ditepi jalan.
Pastu cari pasangan lain, tukar pasangan lain.
Boleh main tukar2 macam tukar baju.
Pastu cintan cintun hangpa putus ditengah highway plak.
Frust tertonggeng..yang nampak lepas tu racun perosak.
Hangpa tak tau ka racun perosak tu untuk spesis yang macam mana?
Hangpa juga yang minum last2.ni lagi teruk + bodoh..
Fikirlah..jangan malas berfikir.


Daripada hangpa lepak2 dengan kayu balak hangpa baik baca novel Syabab Musafir Kasih lagi best.
Tak pun baca La Tahzan.
Beli je tak payah cakap banyak.murah je pun.
Hangpa beli barang makeup entah apa2 beratus2 boleh.
Nak beli buku ilmiah tak boleh.
Apa kes ni?


Ok la ni last..
Kalau hangpa nak jugak seksi kat umah dah la.
Aku tak kesah..
suka hati hangpa la rumah hangpa.
semuanya mahram..

Eh ada yang terasa ka?sory la aku bukannya tak sengaja tapi memang sengaja.
Mungkin kot nasihat yang agak sinis lagi terkini.


Mula2 tadi aku bagitau aku benci kat hangpa.
Yang sebenarnya jauh di sudut hati aku tak pun..
Aku cuma nasihat dan ingat-mengingati.
sebenarnya aku tak benci hangpa pun.
Tapi aku benci cara hangpa berpakaian.
Etika pemakaian hangpa yang salah dari sudut Islam.

Ok lah nanti aku sambung lagi episod seterusnya

Software Wajib Untuk PC atau Lappy Anda





Lama Wan tak bercerita fasal komputer.
Fikir punya fikir apa yang hendak dikongsi ni dalam dunia ict.
Dapat idea nak sharing software..
Bermanfaat juga ni.
Wan nak berkongsi sofware yang wajib untuk pc kita.
Software yang dimaksudkan adalah SALAAT TIME.
Pasti semua dah tahu kegunaannya.
Salaat Time adalah software yang menunjukkan dan mengingatkan kita waktu solat.
Bila masuk waktu solat, azan dari software ini akan berkumandang.
Software percuma ini dibangunkan oleh SalaatTime.com
Selain daripada mengingatkan kita waktu solat, perisian ini juga menunjukkan arah kiblat,
menukar tarikh masihi to hijrah dan terdapat ayat suci al-Quran.
Software ini tidak memberatkan pc.

Semoga kita memanfaatkannya.
Apa yang baik kita berkongsi.

Download Versi Terkini Salaat Time

maklumat lanjut

http://www.SalaatTime.com

Bersyukurkah Kita ?


klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas dan besar

aku gemuk..tak cantik..kulit hitam..
aduh..demam..sakit kepala..tak tertanggung rasanya.
rm50 hilang..
tension..
terasa diri tidak bernasib baik..malang..
kenapa aku ditakdirkan sebegini?
ingatlah!
ada insan yang lebih susah hidupnya daripada kita.
menanggung derita kesakitan.
kurang anggota badan/pancaindera.
menanggung kesakitan yang menjalari setiap inci tubuh.
hidup bagaikan tiada apa2..hanya sekadar menunggu hari esok.

bersyukurlah...
kita boleh melihat..
kita boleh mendengar..
kita boleh bercakap..
kita boleh berjalan..

7 Malam Tanpa Bintang


Sound Check Sound Check 1 2 3

Wah!dekat sebulan Wan tak tulis blog..maklumlah sekarang dah bekerjaya(Alhamdulillah)
Sibuk banyak ni.Hari ahad ja cuti..
Masa nak mengadap pc dah kurang.
Masa mengadap kerja plak la jawabnya..
Anyway Wan enjoy with my works..


Hmm...pantas masa berlalu.
Pejam celik pejam celik dah hampir ke penghujung tahun.
terkadang tak sedar pun masa berlalu macam tu ja.
alih-alih dah malam.
alih-alih esok dah nak datang.

Masa itu bukan emas.
Masa tak boleh dijual beli.
Masa itu tidak ternilai.
Jadi manfaatkanlah masa yang diberikan Tuhan kepada kita dengan sebaiknya.
Jangan kita sia-siakan walau sesaat.


Kepada yang follow blog Wan..terima kasih..tanpa anda siapalah Wan.
Tau tak antara perkara yang buat Wan happy adalah disaat kalian singgah dan membaca blog ni.
Hope semua suka dengan post2 kat bawah ni ye.
enjoy...
have a sweet days..
happy and smile every days..

Selesaikan Soalan Ini


Klik Pada Gambar Untuk Besarkan Resolution

Anda bijak?
Uji tahap iq anda..
Selesaikan soalan ini.
Tak susah pun.Budak sekolah rendah pun boleh jawab.

Good Bye Vista Welcome Se7eN


Sepertimana yang ramai orang tahu, Microsoft Corp. telah mengumumkan bahawa Windows 7 akan officially dilancarkan
pada 22 Oktober 2009. Mungkin ramai juga yg telah mencuba versi betanya Win7 RTM.
Ramai yg menganggap Win7 jauh lebih baik dari Vista yang sentiasa dikritik sejak dari pelancarannya 2 tahun lepas.
Malah ada yg mengganggap Vista adalah produk Microsoft yg gagal dipasaran.

Seperti Vista, Win7 juga akan keluar dalam 6 versi berbeza. Jadi yang mana satu dapat memenuhi keperluan kita?

* Windows 7 Starter
* Windows 7 Home Basic
* Windows 7 Home Premium
* Windows 7 Professional
* Windows 7 Enterprise
* Windows 7 Ultimate


Dibawah adalah kelebihan dan kekurangan yg tersedia didalam setiap edisi Win7:


Windows 7 Starter

Pasaran:
Versi OEM untuk pengeluar komputer tetapi lebih tertumpu kepada pasaran laptop mini atau netbook
Ciri-ciri:
Menyediakan ciri-ciri paling asas bagi Win7 memandangkan keupayaan netbook yg rendah dan kegunaan yg terhad.
Kekurangan:
Banyak ciri-ciri OS moden seperti Aeroglass desktop theme, multi-monitor support, multi-touch, Windows Media Centre, DVD playback tiada termasuk tidak boleh menukar wallpaper. Tiada versi 64bit.



Windows 7 Home Basic

Pasaran:
Versi ini hanya terdapat dipasaran negara membangun seperti Brazil, China, India, Indonesia, Mexico, Pakistan, Philippines, Thailand dan lain-lain. Dimana Microsoft boleh meletakkan harga lebih kompetetif.
Ciri-ciri:
Mempunyai ciri-ciri seperti starter edition dengan tambahan ciri Desktop Windows Manager, Fast User Switching, Internet Connection Sharing, Live Taskbar Previews, Windows Mobility Center dan boleh menukar wallpaper. Mempunyai versi 64bit.
Kekurangan:
Tiada ciri-ciri Aeroglass Theme, Aero Navigation Window, Multi-touch, Windows Media Centre,
DVD playback dan WinXP Virtual PC Mode.



Windows 7 Home Premium

Pasaran:
Versi untuk terdapat untuk OEM pengeluar komputer dan pasaran utama pengguna biasa.
Ciri-ciri:
Mempunyai ciri-ciri Home Basic dengan tambahan seperti Aero Desktop Theme, Desktop Window Manager, DVD Playback, IIS Web Server, Live Explorer Previews, Multi-touch support. Mempunyai versi 64bit.
Kekurangan:
Tidak banyak kekurangan kecuali WinXP Mode, Windows Server, Remote Desktop dan Encrypting File System.




Windows 7 Profesional

Pasaran:
Versi ini untuk pasaran OEM, Perusahaan Kecil (Small Business User).
Ciri-ciri:
Mempunyai ciri-ciri Home Premium dengan tambahan ciri-ciri Windows Server domain, Remote Desktop server, location aware printing, Encrypting File System, Presentation Mode dan WinXP Mode. Mempunyai versi 64bit.
Kekurangan:
Tiada ciri-ciri Applocker, BitLocker, UNIX Based Applications Subsystem, Multilingual User Interface.



Windows 7 Enterprise

Pasaran:
Versi interprise adalah untuk syarikat yg memegang lesen pukal melalui Software Assurance dengan Microsoft Corp.
Ciri-ciri:
Mempunyai semua ciri-ciri Win7 termasuk Applocker, BitLocker, UNIX Based Applications Subsystem, Multilingual User Interface. Mempunyai versi 64bit.



Windows 7 Ultimate

Pasaran:
Versi ini menyerupai versi Enterprise tetapi tertumpu kepada Single License Home User.
Ciri-ciri:
Mempunyai semua ciri-ciri Win7 termasuk Applocker, BitLocker, UNIX Based Applications Subsystem, Multilingual User Interface.
Mempunyai versi 64bit

Nasihat Untuk Orang Kita

Doa Menaiki Kenderaan

Tahukah Anda