Back To School

Salam Ramadhan



52 tahun negara kita merdeka






Belia Benci Rokok

Siapa Diri Kita



Saya Kunci Lirik Ini


ops..saya kunci hati ini!
moga diri ini sentiasa sedar bahawa cinta hanya selepas nikah!
cinta hanya selepas nikah!

Kepercayaan Karut Masyarakat Melayu


apa itu adat?
adat = kebiasaan

"eh betul awak nak kahwin bulan depan?bukan kakak awak tak kahwin lagi?
ORANG TUA-TUA KATA, adik tak boleh kahwin dulu dari kakak, nanti jodoh tak panjang"

Sudah diketahui, bangsa kita kaya dengan adat.
Daripada mana adat ini datang?
Sudah tentu dari zaman nenek moyang kita yang dipengaruhi pelbagai unsur,
dimana pada zaman itu juga ustazah yang mengajar tidak memakai tudung.

Pelbagai adat nenek moyang kita dibawa hingga ke hari ini, kita mewarisinya.
Namun yang menjadi masalah adalah adat yang bercanggah dengan Islam dan mempunyai unsur karut-marut.
Tidak hairanlah sehingga ada segelintir masyarakat yang silap menilai dimana mereka menyamakan adat dan ibadat.
Cara penilaian ini haruslah diubah.
Ini kerana adat dan ibadat adalah dua perkara yang berbeza.

Antara adat/kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu.

1. tangkal azimat
2. adik tidak boleh berkahwin sebelum abang atau kakak(langkah bendul)
3. mandi buang sial, mandi safar
4. mempercayai tangkap gambar 3 orang tidak boleh.nanti boleh mati
5. jika dapat isteri tinggi daripada suami, murah rezeki
6. tepung tawar
7. anak dara tidak boleh menyanyi di dapur nanti dapat suami tua
8. persandingan, pelamin
9. orang yang berkhatan tak boleh jalan luar rumah
10. jika ada biawak melintas, maknanya ada perkara buruk akan berlaku
11. malam 7 likur


Wahai bangsaku, jangan jumud lagi.lupa dan tinggakanlah kepercayaan karut ini.
Tunjukkan menteliti kita adalah menteliti kelas pertama, bukan menteliti kelas ke-3.
Pamerkan cara berfikir yang bijak dan kreatif, bukan bodoh.
Buktikan bahawa kita adalah bangsa yang segar, bukan layu.
Bangkitlah bangsaku!Jangan "melayu" lagi.

Mempercayai kepercayaan karut ini hanyalah menunjukkan "nilai ketidakcerdikan" pada diri seseorang.
seharusnya sebagai negara maju, penduduknya mampu berfikir secara bijak, kreatif, matang dan luas.
luaskan cara berfikir kita.jangan berfikiran sempit lagi.
kita adalah manusia yang bertamadun.

buka hati, buka minda fikir-fikirkanlah.
anda mampu mengubahnya

Kau Pergi Jua


Kita sudah mengetahui perginya seorang pendakwah di negara kita ini.
Namun cerita jasa baik pendakwah ini tidak 'gah' seperti seorang lagi insan yang telah pergi baru2 ini juga.
inilah media punya kerja!media oh media..

p/s : teringat kata member.sekarang ni musim artis meninggal dunia.michael jakson, yasmin, ustaz asri..selepas ini..

Intifada

Merdu lafaz syahdu
Jiwa pun merindu
Merakam rasa kalbu
Gemersiknya lagu
Angin kota cahaya
Bertiup berarak
Kencang meredah maya
Hanya untuk dia

Bangkit segar seirama
Meluruskan rentak safnya
Riuh-rendah basah lidah
Kalam wahyu mewangi di taman

Oh... semerbak harum bingkisan an-nur
Berterbangan tinggi ke intifada
Oh merentas misi risalah suci
Mewangikan taman yang dicemari

Gema siang malam
Alunan suara
Burung turut menyanyi
Zikir tidak henti
Lunak diukir seni
Halus menghiasi
Persada alam ini
Hidup tidak mati

Masihkah punya bicara
Menjalinkan yang terpisah
Semarak terus berusaha
Pastinya ia akan berjaya

Horoskop Oh Horoskop



horoskop = zodiak = aries,pisces, libra dan bla bla bla...

Member A : awak bintang apa?
Member B : aku bintang aries

Hairan dan pelik apabila manusia zaman sekarang masih lagi mempercayai horoskop.
Lebih hairan dan pelik lagi yang mempercayai perkara bodoh ini adalah
golongan intelektuel seperti
pelajar universiti, orang yang berpendidikan tinggi dll.

Tidak kurang juga pendidikan yang salah daripada segelintir ibubapa.
Anak yang berumur 5 tahun sudah diajar tentang horoskop atau bintang ini.
Seharusnya ibubapa perlu bijak dalam mendidik anak-anak.
Pendidikan mestilah berteraskan al-Quran dan As-Sunnah.
Bukannya dengan ikut suka semata-mata.

Kita bukan di zaman Tamadun Mesopotamia.
Kita sekarang di zaman ICT.Manusia yang bertamadun.
Mempercayai perkara mengarut ini/horoskop hanyalah menjatuhkan identiti kita
dan mendapat dosa.
Moral of the story, berfikirlah dengan bijak.

Ops..minta maaf andai ada terkasar bahasa.

download perihal tentang horoskop/zodiak

Belia Benci Israel

Perlis benarkan wanita kahwin tanpa wali


KANGAR 16 Sept. Wanita di Perlis yang tidak mendapat persetujuan wali untuk berkahwin masih boleh meneruskan hasrat mereka apabila kerajaan negeri menguatkuasakan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam (Pindaan) 2007.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Datuk Abu Bakar Ismail berkata, enakmen itu telah diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis pada 11 September lepas.

Dengan pindaan itu, Hakim Syariah diberi kuasa membuat keputusan terhadap kes-kes yang wali tidak bersetuju untuk membenarkan perkahwinan itu.
Pindaan itu yang memasukkan perenggan baru selepas perkara 13(b) menyebut: dengan syarat bahawa dalam hal di mana wali yang telah enggan memberi persetujuan dengan tiada sebab yang syarie, Hakim Syariah boleh, selepas berpuas hati dan difikirkan patut, memberikan persetujuannya jika penyiasatan itu telah tertangguh sebanyak dua kali.

Pindaan itu bertujuan memudahkan pasangan yang hendak berkahwin setelah menghadapi kesukaran mendapat persetujuan wali pasangan perempuan, katanya di sini hari ini.

Dari segi hukum, benar kita perlukan wali, tetapi jika wali enggan menikahkan tanpa sebab yang jelas, mahkamah boleh memberi kuasa kepada wali hakim untuk menikahkan pasangan yang ingin berkahwin.

Abu Bakar seperti dipetik oleh Bernama berkata, di bawah pindaan enakmen tersebut, Hakim Syariah berhak memanggil wali pasangan perempuan yang hendak berkahwin bagi membolehkan siasatan dilakukan tetapi jika dua kali wali terbabit tidak hadir selepas dipanggil oleh mahkamah, Hakim Syariah diberi hak meneruskan perkahwinan pasangan berkenaan setelah beliau berpuas hati dan perkahwinan itu difikirkan patut.

Islam sendiri menggalakkan umatnya berkahwin dan mendirikan rumah tangga untuk mengembangkan zuriat, justeru adalah tidak wajar mana-mana wali cuba menghalang perkahwinan seseorang pasangan perempuan tanpa sebab munasabah hingga boleh menimbulkan implikasi lebih buruk kepada pasangan terbabit.

Kita tidak mahu disebabkan wali enggan mengahwinkan sesuatu pasangan menyebabkan pasangan berkenaan terus menghadapi tekanan hidup dan lebih membimbangkan lagi kemungkinan mereka akan tersilap langkah hingga boleh membawa kepada kemaksiatan dan penzinaan,?katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin pula ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, langkah kerajaan negeri Perlis memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah itu dibuat bagi memudahkan perkahwinan.

Kita kena ambil kira soal ruang untuk melakukan maksiat sekarang sangat mudah, maka tidak wajar kita menyusahkan perkahwinan itu.

Dari segi hukum, benar kita perlukan wali, tetapi jika wali enggan menikahkan tanpa sebab yang jelas, mahkamah boleh memberi kuasa kepada wali hakim untuk menikahkan pasangan yang ingin berkahwin,katanya.

artikel tahun 2007...hehe

Belia Benci Amerika

Ketika Cinta Bertasbih

MEGA FILEM KETIKA CINTA BERTASBIH diangkat dari novel mega best seller Asia Tenggara, karya penulis bertangan dingin Habiburrahman El Shirazy. Filem yang menceritakan kehidupan tokoh utamanya Khairul Azzam, seorang mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut ilmu di Al-Azhar University, Kairo. Cerita yang menjadi inspirasi bagi kita, ketika melihat bagaimana kerja keras sang tokoh yang menuntut ilmu sekaligus berjuang menghidupi ibu dan adik-adiknya di kampung. Cerita yang juga menyaksikan kita, ketika melihat usaha dan perjuangan Khairul Azzam dalam menemukan jodohnya dengan tetap selalu teguh berpedoman kepada ajaran agama.

download lagu Ketika Cinta Bertasbih

SoalJawab Agama

1. Salam,
Apa maksud Allah Azza Wa Jalla?

Waalaikumussalam.
Maksudnya: Yang Maha Perkasa dan Maha Agung

2. tuan,
apakah maksud Allah s.w.t?
s.w.t tu maknanya ape?

Salam
Maksudnya ialah “Subhanahu wa ta’ala”
dalam bahasa melayu : Maha Suci Allah dan Maha Tinggi
WA

sumber

1 hingga 100 ada berapa no 9?